• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Persekutuan Dengar Permohonan Anwar

oleh AK-47
11/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas menjalani hukuman penjara selama setahun lapan bulan kerana sabitan kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir habis menggunakan remedi perundangan untuk memohon dibebaskan daripada pemenjaraan.

Esok, Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan Anwar sebagai usaha akhirnya menggunakan saluran perundangan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 31.

Anwar mahu Mahkamah Persekutuan menggunapakai Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 dan membuat semakan terhadap keputusan panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Secara alternatif, beliau mahu Mahkamah Persekutuan untuk mendengar semula rayuannya berhubung merit.

Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 membenarkan pihak yang kalah perbicaraan memohon Mahkamah Persekutuan membuat semakan terhadap keputusan.

Walaupun Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa untuk menyemak keputusannya bagi mengelakkan ketidakadilan dan salahguna proses mahkamah, pada umumnya ia hanya dilaksanakan dalam keadaan-keadaan tertentu.

Anwar, 68, sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb, 2015 mengekalkan sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhi oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac, 2014.

Dalam penghakiman setebal 116 muka surat, Hakim Arifin berkata mahkamah persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhin oleh Mahkamah Rayuan selepas mengambil kira betapa seriusnya kesalahan liwat dan hakikat bahawa Anwar telah mengambil kesempatan berdasarkan kedudukannya sebagai majikan kepada mangsa.

Hakim Arifin mengetuai panel lima hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Pada 9 Jan, 2012, Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan atas alasan bahawa mahkamah tidak 100 peratus yakin mengenai integriti sampel yang diambil daripada mangsa bagi ujian DNA.

Mahkamah memutuskan bahawa sampel-sampel itu mungkin telah dikompromi sebelum sampai ke jabatan kimia untuk dianalisis.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan mendapati Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful dan memutuskan bahawa hakim bicara telah terkhilaf dalam keputusannya mengenai sampel itu berdasarkan keterangan dua saksi pakar yang dipanggil oleh pihak pembela.

Anwar dikatakan melakukan kesalahan itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Anwar akan diwakili oleh barisan peguam diketuai oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.

Pendakwaan akan dijalankan oleh pasukan timbalan pendakwa raya dari Jabatan Peguam Negara.

“Para pegawai saya dari Jabatan Peguam Negara lebih daripada berkelayakan untuk mengendalikan kes. Untuk pengetahuan, saya tidak berada dalam negara buat masa ini,” kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali melalui SMS ketika ditanya siapakah akan mengetuai pasukan pendakwaan.

Sebelumnya, semasa rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwa raya.

Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara (pada ketika itu) secara “fiat” (kebenaran) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk mengendalikan rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Surat pelantikan beliau ditandatangani oleh Peguam Negara pada 2 Julai, 2013. – BERNAMA

Tags: Anwar Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd