• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Singapura Hilang Ketika Berkayak Dijumpai Lemas

oleh Ahmad Albab
30/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang lelaki warga Singapura yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti berkayak bersama enam lagi rakannya semalam, ditemukan lemas di Sungai Tesong di Felda Sungai Klah dekat Sungkai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, Mohd Nadzir Abd Razak berkata mayat Koh Kah Wei, 30, ditemukan, satu kilometer dari tempat dia terjatuh, kira-kira pukul 3.15 petang tadi.

“Pasukan penyelamat menemui mangsa tersangkut pada kayu di tebing sungai dan mayat di hantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata operasi mengesan mangsa disambung semula pukul 8 pagi tadi melibatkan anggota bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam dan kru rafting.

“Operasi mencari dilakukan dengan menyusuri sungai dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) mencari di lokasi mangsa dilaporkan hilang. Arus deras, hujan lebat dan cuaca gelap menyukarkan operasi itu,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.48 petang, mangsa menyertai satu kumpulan dari Singapura melakukan aktiviti itu sebelum terjatuh daripada kayaknya.

Rakannya dikatakan cuba menyelamatkan mangsa dengan menghulurkan pendayung tetapi mangsa gagal mencapainya sebelum tenggelam. – BERNAMA

Tags: mati lemaspolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd