• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Bawa 200 Paket Heroin Ditahan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang lelaki disyaki pengedar dadah ditahan di sebuah flat di Paya Terubong di sini, dan polis turut merampas 200 paket heroin daripadanya, semalam.

Lelaki berusia 53 tahun yang mempunyai lima rekod jenayah itu ditahan di hadapan rumahnya pada pukul 12.30 tengah hari dan hasil pemeriksaan polis menemui 200 paket plastik berisi serbuk dan ketulan dadah di dalam kotak yang dibawanya.

“Dadah seberat 420 gram itu bernilai RM12,600. Polis percaya ia baru selesai dibungkus untuk dihantar kepada pelanggan,” kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata polis percaya lelaki yang merupakan anggota sindiket pengedaran dadah di Pulau Pinang itu mendapat bekalan dalam kuantiti besar sebelum membungkusnya semula dan menjualnya dengan harga RM50 setiap paket.

Lelaki yang positif dadah itu dipercayai aktif dalam pengedaran dadah di sekitar negeri ini sejak enam bulan lepas, katanya.

Sementara itu, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun parah manakala rakannya yang berusia 13 tahun cedera ringan selepas dipukul dan disamun di Taman Lip Sin di sini, semalam.

Mior Faridalatrash berkata pelajar tingkatan satu dan remaja yang tidak lagi bersekolah itu dilapor ditarik ke dalam sebuah kereta dinaiki enam lelaki ketika berjalan di kawasan tersebut pada pukul 1.41 tengah hari.

“Mereka dipukul dan lelaki-lelaki terbabit turut menyamun jam tangan dan rantai leher seorang daripada remaja itu sebelum meninggalkan mereka di tepi jalan di kawasan sama,” katanya.

Beliau berkata polis telah mengenal pasti enam lelaki berusia 20-an yang disyaki terbabit dalam kejadian itu dan usaha memburu mereka giat dijalankan.

Remaja yang parah itu kini dirawat di Hospital Pulau Pinang, katanya. – BERNAMA

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd