• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 500 Polis Kawal Aksi T-Team-Selangor, Sabtu Ini

oleh AK-47
12/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Polis akan menperketatkan pemeriksaan dan kawalan keselamatan pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara T-Team dan Selangor di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, di sini, Sabtu ini.

Lebih 500 anggota dan pegawai keselamatan termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) akan ditugaskan bagi mengawal aliran trafik dan keselamatan di dalam dan luar stadium sepanjang perlawanan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abd Rafar berkata langkah tersebut diambil bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini melibatkan penyokong kedua-dua pasukan.

“Kita akan menempatkan pegawai dan anggota di beberapa lokasi strategik baik di d alam dan luar stadium selain pemeriksaan rapi di setiap pintu masuk stadium,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Atas faktor keselamatan, jumlah penonton di stadium, yang berkapasiti 25,000 orang, akan dihadkan kepada 10,000 orang, katanya.

Idris turut meminta penyokong supaya tidak membawa masuk barang larangan ke dalam stadium antaranya senjata, mercun dan bom asap, sambil memberi amaran bahawa pihkanya tidak teragak-agak mengmbil tindakan tegas terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Kita mengingatkan para penyokong tidak melakukan provokasi sehingga menimbulkan kekecohan sebelum dan selepas perlawanan,” katanya.

Katanya bagi membolehkan mereka yang gagal mendapatkan tiket menyaksikan perlawanan tersebut, skrin besar juga akan disediakan di kawasan berhampiran stadium.

Beliau turut menasihatkan penyokong kedua-dua pasukan agar datang ke stadium seawal pukul 6 petang bagi mengelak kesesakan jalan raya di bandar raya dan meletakkan kenderaan mereka di tempat yang dibenarkan.

Pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, dua minggu lepas, Selangor mengalahkan T-Team 2-1. – BERNAMA

Tags: selangorT-Team
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

Penternakan Babi: Pemuda Pas Desak Kerajaan Madani Mohon Maaf

Penternakan Babi: Pemuda Pas Desak Kerajaan Madani Mohon Maaf

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas mendesak Kerajaan Madani membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor dan rakyat negeri itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd