• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 1,000 Permohonan Sertai APEL – Idris

oleh Ahmad Albab
16/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Kementerian Pendidikan Tinggi menerima lebih 1,000 permohonan daripada rakyat di negara ini yang sedang bekerja bagi menyertai pembelajaran sistem Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) di universiti-universiti tempatan tahun ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata sejak dilancarkan pada 2011, sistem itu kini semakin mendapat sambutan kerana ianya dijalankan secara separuh masa di samping menggunakan sistem MOOC (Massive Open Online Course) atau Pembelajaran Secara Dalam Talian.

Katanya, empat buah universiti telah dipilih sebagai pusat penilaian untuk menilai pengalaman bekerja pemohon untuk diberikan kredit atau pemotongan masa belajar berdasarkan pengalaman bekerja mereka sekiranya dipilih.

Universiti tersebut ialah Universiti Teknologi Mara, Inti International University, Wawasan Open University dan Open University Malaysia.

“Terdapat dua jenis kumpulan yang diberikan keutamaan dalam pembelajaran mengikut sistem tersebut iaitu APEL A dan APEL C berdasarkan umur dan kelulusan serta pengalaman bekerja mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jom Masuk IPT anjuran kementerian itu di Dewan Gong Kemuntong, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Komoditi dan Perladangan Negeri Datuk Muhammad Pehimi Yusof, Pemangku Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir dan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Prof Dr Rujhan Mustafa.

Idris dalam pada itu berkata, Sistem APEL A dibuka untuk pekerja yang berumur 19 tahun bagi pembelajaran peringkat persijilan, 20 tahun peringkat Diploma dan umur 21 tahun untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Sistem APEL C pula adalah bagi pekerja yang berumur 30 tahun ke atas yang turut memiliki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma bagi membolehkan mereka menyambung pengajian ke peringkat Sarjana yang hanya dihadkan untuk bidang perniagaan, pendidikan, teknologi maklumat dan seni persembahan.

“Proses pembelajaran cara ini lebih mudah kerana ia tidak mengutamakan akademik untuk masuk belajar tetapi pengalaman bekerja seseorang pemohon,” katanya.

Katanya lagi, permohonan bagi mengikuti pembelajaran sistem APEL A boleh dibuat melalui talian UPU (Unit Pusat Universiti) manakala untuk APEL C permohonan boleh dihantar terus kepada universiti-universiti berkenaan. – BERNAMA

Tags: Idris JusohKementerian Pendidikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pakar pendidikan, Anuar Ahmad mengingatkan kepimpinan pendidikan di pelbagai peringkat supaya berhati-hati terhadap kelompok yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd