• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Lawatan’ Ke Kubur, Itu Latihan Burung Hantu – APM

oleh AK-47
20/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOLONEL Pertahanan Awam (PA), Mohd. Noor Hassan Ashari Sulaiman menjelaskan aktiviti membawa peserta jati diri ke kawasan tanah perkuburan ialah latihan Burung Hantu yang menjadi salah satu modul sedia ada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Beliau berkata, aktiviti tersebut bertujuan membentuk jati diri peserta untuk mengatasi ketakutan dan kegelapan.

Katanya, slot berkenaan dikenali sebagai latihan burung hantu namun beliau tidak dapat memastikan pengisian lain dalam latihan itu.

Jelasnya, setiap slot dalam program motivasi APM mempunyai pendekatan sendiri dan membawa maksud serta kesan bagi mencapai maltamat yang ditetapkan pihak pemohon dan pelaksana.

BACA INI: Sudah Campak Ular, Dibawa Pula Ke Kubur – Murid

Bagaimanapun Astro Awani melaporkan, APM akan menyiasat dakwaan murid yang mengikuti program bina diri di Kuala Kangsar baru-baru ini apabila diarahkan untuk memegang batu nisan dan duduk sebelah gambar di kubur.

Murid tahun enam itu mendakwa trauma selepas dibawa ke sebuah tanah perkuburan Kristian kira-kira jam pukul 2 pagi pada hari motivasi dalam keadaan yang menakutkan.

Mohd. Noor menjelaskan, aktiviti berkenaan tidak seharusnya berlaku seperti yang didakwa kerana dilakukan mengikut kesesuaian umur dan tujuan untuk mengatasi ketakutan, rasa gerun dan kebimbangan.

“Ada fikir kegelapan satu yang membimbangkan, tetapi kalau kita tahu, kita atasi, itu yang kita usahakan. Setiap program ada cara mengatasi kebimbangan dan sebagainya,” katanya memetik Astro Awani.

Sebelum ini, video yang memaparkan sekumpulan murid perempuan dari Sekolah Kebangsaan Beluru, Kuala Kangsar, Perak menjerit ketakutan selepas terpaksa mengharungi kolam yang telah dicampakkan dua ekor ular semasa menjalani modul latihan yang dikelolakan APM.

Susulan kejadian itu, empat jurulatih dan enam pembantu APM Kuala Kangsar digantung tugas serta-merta sehingga siasatan lanjut mengenai kejadian itu selesai selepas didapati berlaku pelanggaran operasi prosedur standard (SOP). – MYNEWSHUB.CC

Tags: APMkuburular
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

26/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan kenaikan harga diesel sebanyak tiga kali pada...

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

03/02/2026
0

Aktiviti mendaki bukit atau merentas hutan sememangnya memberi ketenangan dan kepuasan tersendiri. Namun, di sebalik keindahan alam, terdapat risiko yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd