• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kutipan Cukai GST Tampung Sebahagian Kekurangan Hasil

oleh Ahmad Albab
23/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang lebih tinggi serta penjanaan hasil tambahan daripada langkah yang diumumkan semasa pengubahsuaian Bajet 2016 mampu mengimbangi hasil Kerajaan Persekutuan yang dijangka menyusut pada 2016.

Menurut Laporan Ekonomi 2016/17 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, kutipan GST pada tahun 2016 dijangka meningkat dengan mendadak sebanyak 42.5 peratus kepada RM38.5 bilion berbanding RM27 bilion tahun lepas, menggambarkan pelaksanaannya bagi tempoh 12 bulan.

Hasil Kerajaan Persekutuan dijangka menyusut tiga peratus berbanding tahun lepas kepada RM212.6 bilion, dengan jumlah hasil sebagai peratusan kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dianggar pada 17.2 peratus.

Penurunan hasil tersebut terutamanya disebabkan oleh kutipan berkaitan petroleum yang berkurangan sebanyak 34.4 peratus berikutan harga minyak mentah yang lebih rendah.

Hasil cukai juga kekal sebagai sumber utama dengan mewakili 78.6 peratus daripada jumlah hasil Kerajaan Persekutuan dengan jangkaan peningkatan marginal satu peratus pada 2016 kepada RM167.1 bilion, atau 13.6 peratus daripada KDNK, berbanding RM165.4 bilion pada 2015.

Cukai langsung, yang menyumbang 52 peratus kepada jumlah hasil, dijangka berkurang 1.1 peratus kepada RM110.5 bilion pada 2016 manakala cukai pendapatan syarikat (CITA) yang merangkumi 37.8 peratus daripada jumlah hasil cukai, dianggar menyusut 0.8 peratus kepada RM63.2 bilion.

Laporan tersebut menyatakan penurunan CITA disebabkan oleh pengurangan kadar cukai itu daripada 25 peratus kepada 24 peratus dan 20 peratus kepada 19 peratus bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Sementara itu, kutipan cukai pendapatan individu dijangka meningkat tujuh peratus kepada RM28.2 bilion disokong oleh pertumbuhan stabil guna tenaga dan pendapatan.

Kutipan cukai pendapatan petroleum (PITA) bagaimanapun dijangka berkurang 26.3 peratus kepada RM8.5 bilion disebabkan oleh andaian harga minyak mentah yang lebih rendah pada US$40 setong berbanding US$52 pada tahun 2015.

Bagi cukai tidak langsung pula, ia dijangka meningkat 5.5 peratus kepada RM56.6 bilion, disumbang terutamanya oleh kutipan GST.

Duti eksais dianggar berkurang 0.7 peratus kepada RM11.8 bilion disebabkan oleh unjuran jualan kenderan bermotor yang lebih rendah iaitu daripada 666,674 unit pada 2015 kepada 580,000 unit tahun ini.

Duti eksport juga dijangka berkurang 21.7 peratus kepada RM0.8 bilion daripada RM1 bilion tahun lepas, selaras dengan harga komoditi yang lebih rendah dan jumlah eksport yang lebih kecil.

Dalam pada itu hasil bukan cukai dijangka berkurangan 15.2 peratus kepada RM45.5 bilion berbanding RM53.6 bilion pada 2015 akibat penyusutan terimaan daripada pendapatan pelaburan, khususnya dividen Petroliam Nasional Berhad (Petronas) sebanyak RM16 bilion berbanding RM26 bilion yang dicatatkan tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Bajet 2017GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd