• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kukuhkan Koordinasi Bendung Jenayah Rentas Sempadan

oleh Ahmad Albab
02/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Koordinasi antara Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dengan semua pihak berkepentingan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) perlu diperkukuh bagi membendung insiden jenayah rentas sempadan, termasuk penculikan untuk wang tebusan, di kawasan perairan berkenaan.

Pensyarah Kanan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Zaini Othman berkata sikap menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada ESSCom untuk menggalas tugas menjaga keselamatan di ESSZOne perlu diubah bagi memastikan keberkesanan usaha memelihara ketenteraman di kawasan itu.

“Untuk menangani masalah keselamatan di Sabah, kita harus ingat ESSCom ini hanyalah langkah mekanikal (yang diambil kerajaan). Masyarakat harus faham, sebenarnya semua ini cuma langkah pencegahan.

“Sudah ada langkah ‘substance’ yang diambil pihak pemerintah untuk menangani masalah ini,” katanya kepada Bernama ketika menjelaskan mengenai kekerapan berlakunya kes culik di ESSZOne pada tahun ini.

Kes penculikan terbaru tahun ini berlaku pada 27 Sept lalu melibatkan seorang nelayan yang juga pemilik bot nelayan pukat tunda, Ruslan Sarapin, 39, di perairan Pulau Gaya, Semporna. Dia bagaimanapun telah dibebaskan dan tiba di Lahad Datu pada 7 pagi semalam.

Menjelaskan langkah mekanikal berkenaan, Dr Zaini berkata kerajaan melalui ESSCom sudah membelanjakan ratusan juta ringgit untuk meningkatkan kawalan keselamatan di ESSZone termasuk pembelian aset namun ia tidak memadai tanpa sokongan semua pihak.

Beliau berkata corak penculikan yang berlaku di Sabah selama ini ialah pada waktu malam dan aturan ESSCom ialah waktu berkenaan berkuatkuasanya perintah berkurung namun nelayan masih juga keluar menangkap ikan pada waktu itu.

“Kalau keluar juga pada waktu malam, risikonya bagaimana? Kalau keluar juga, maknanya ada anggota masyarakat yang melanggar peraturan perintah berkurung.
Jadi, harus beri kerjasamalah,” katanya.

Beliau berkata nasihat Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun supaya masyarakat nelayan, khususnya di kawasan ESSZone, memasang Sistem Pemantauan Automatik di bot masing-masing juga perlu dipatuhi golongan itu demi keselamatan sendiri.

Menurutnya jika masyarakat nelayan mematuhi nasihat keselamatan seperti itu ia boleh dianggap sebagai satu sokongan kepada pihak ESSCom dalam meningkatkan tahap keselamatan di ESSZone dan persatuan nelayan perlu memainkan peranan aktif bagi mewujudkan koordinasi seperti itu.

“Rondaan bersama pasukan keselamatan Malaysia, Indonesia dan Filipina yang akan dimaterai merupakan satu lagi langkah mekanikal yang diharap boleh mengurangkan kejadian jenayah rentas sempadan di kawasan perairan Laut Sulu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Esszone
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

Syarikat Keselamatan Swasta Tempatan Boleh Mainkan Peranan Memperkasakan Keselamatan Di ESSZONE

Syarikat Keselamatan Swasta Tempatan Boleh Mainkan Peranan Memperkasakan Keselamatan Di ESSZONE

16/09/2023
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan Malaysia diseru memberi peranan dan ruang kepada syarikat keselamatan swasta tempatan untuk menguatkan dan memperkasakan ciri-ciri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd