• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPWKM Kaji Cadangan Wajibkan OKU Dilantik Ahli PBT

oleh Ahmad Albab
27/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji cadangan mewajibkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dilantik sebagai ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Timbalan menteri berkenaan Datuk Azizah Mohd Dun berkata ia bagi memberikan peluang kepada golongan berkenaan membangkitkan pelbagai isu khususnya mengenai keperluan mereka di sesebuah kawasan PBT.

“Perkara ini sebenarnya sudah pun dilaksanakan PBT di Melaka dan Pulau Pinang,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) mengenai cadangan melantik golongan OKU dalam PBT pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata seramai 389,417 OKU berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga Jun lepas merangkumi 103,671 kanak-kanak bawah 18 tahun dan 285,746 golongan dewasa dan warga emas.

Katanya kementerian turut berharap kemudahan di bangunan-bangunan lama dinaik taraf bagi memudahkan urusan melibatkan warga OKU.

“Kita tiada masalah dengan akses kepada bangunan baharu yang dibina kerana bangunan tersebut perlu mengikut undang-undang yang ditetapkan. Namun bagi bangunan lama, kita sarankan agar mereka (pemilik bangunan) menaik taraf kemudahan OKU dan juga orang awam yang lain,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azizah Mohd DunOKUPBT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Isu tular melibatkan surat rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam bahasa Cina berlaku...

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

24/05/2026
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menjelaskan bahawa garis panduan berkaitan larangan rumah ibadat bukan Islam di premis komersial atau lot...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd