• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPKT Harus Buat Kajian Tentang Kualiti Bahan Binaan PPR

oleh Ahmad Albab
02/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini diminta mengkaji semula kualiti bahan binaan yang digunakan kontraktor dalam memajukan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata gesaan itu dibuat berdasarkan tinjauannya di PPR Sungai Melana di Taman Perling di sini, yang mendapati banyak unit telah rosak di bahagian bumbung, walaupun baru sahaja beberapa bulan diduduki penduduk.

Katanya, sebahagian besar penduduk juga tidak mempunyai bekalan elektrik kerana pendawaian yang dilakukan kontraktor gagal menepati piawaian yang dikehendaki Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Bangunan PPR ini dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lepas, namun disebabkan tindakan kontraktor yang menggunakan bahan kurang bermutu, ia telah mendatangkan masalah kepada penduduk yang baharu sahaja hendak pindah masuk.

“Oleh itu, kita meminta KPKT mengkaji semula bahan binaan yang digunakan serta memantau perkembangan projek bagi memastikan kesalahan sama tidak berulang,” katanya.

Nur Jazlan yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan ke atas PPR itu, di sini hari ini.

Pembinaan PPR Sungai Melana terbahagi kepada dua fasa merangkumi 1,170 unit rumah pangsa dengan anggaran kos kira-kira RM147 juta.

Pembangunan fasa pertamanya bermula pada 1 Okt 2009 dan ia telah siap sepenuhnya manakala fasa kedua pula sedang dibangunkan. – BERNAMA

Tags: KPKT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bantah Iktiraf UEC Golongan Munafik, Puak Pelampau – Nga Kor Ming

Bantah Iktiraf UEC Golongan Munafik, Puak Pelampau – Nga Kor Ming

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming melabelkan pihak yang membantah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai...

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan beliau meneruskan tradisi murni DAP dengan menyalurkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd