• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Pertimbang Beri Insentif Kepada Pemberi Maklumat

oleh
23/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedia mempertimbangkan cadangan memberi insentif kepada pemberi maklumat berkaitan kenaikan harga barangan.

Timbalan Menterinya Datuk Henry Sum Agong berkata perkara itu akan dipertimbangkan sekiranya dirasakan perlu dilaksanakan pada masa akan datang.

Namun menurutnya, buat masa ini kementerian belum bercadang memberi insentif sedemikian kepada pemberi maklumat.

“Orang ramai digalakkan tampil ke hadapan memberi maklumat secara sukarela kerana ia memberi manfaat kepada pengguna supaya harga barangan dapat dikawal,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2016 di sini hari ini.

Sebanyak 18 jenis barangan disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali yang berkuat kuasa selama 14 hari dari 19 Oktober hingga 1 November.

Henry berkata ketika ini ‘Friends of KPDNKK’ atau Skuad Pengguna, penghulu dan ketua kampung merupakan antara yang banyak membantu kementerian dalam memantau serta memberi maklum balas mengenai sebarang kenaikan harga barangan.

Beliau juga meminta orang ramai melaporkan kepada kementerian jika terdapat peniaga menaikkan harga barangan secara melampau terutamanya ketika menjelang musim perayaan.

Katanya pegawai penguat kuasa KPDNKK sentiasa berada di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah seperti pasar awam, pasar tani dan pasar raya untuk melakukan pemeriksaan dan pemantauan.

“Ini adalah tindakan berterusan dalam usaha melindungi pengguna daripada aktiviti pengambilan untung yang berlebihan oleh peniaga yang tidak beretika terutamanya ketika musim perayaan.

“Peniaga perlu mematuhi arahan yang dikenakaan terhadap mereka dan mengamalkan sikap beretika dalam menguruskan perniagaan manakala pengguna mestilah mengetahui tanggungjawab dan menggunakan hak mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: KPDNKKPemberi Maklumat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemberi Maklumat: Fahami Prosedur Perlindungan, Jangan Dedah Pada Umum – SPRM

Pemberi Maklumat: Fahami Prosedur Perlindungan, Jangan Dedah Pada Umum – SPRM

20/06/2025
0

Kuala Lumpur: Individu yang melaporkan secara terus sebarang maklumat salah laku kepada agensi penguat kuasa serta memenuhi kriteria dan syarat...

Skandal Rasuah ADUN Sabah: Pemberi Maklumat Akan Didakwa 30 Jun Ini

Skandal Rasuah ADUN Sabah: Pemberi Maklumat Akan Didakwa 30 Jun Ini

18/06/2025
0

Kota Kinabalu: Pemberi maklumat skandal rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah akan didakwa di Mahkamah Kota Kinabalu pada 30...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd