Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

‘Abang Is’ Kena Cekup...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia berjaya mencekup 'Abang Is', dalang utama yang dipercayai...

Malaysia Tak Mohon Ekstradisi...

BANGKOK: Pihak berkuasa Malaysia tidak menuntut ekstradisi ke atas 'Raja Dadah' warga Malaysia...

Enam Kes Disyaki Cacar...

BANGKOK : Enam kes yang disyaki jangkitan cacar monyet di negara ini dilaporkan...

15,941 Kes Baru, 33...

Sebanyak 15,941 kes baru Covid-19 harian dilaporkan Kementerian Kesihatan semalam, menjadikan jumlah kumulatif...

KKM Beri Jaminan Siasatan Terperinci Dakwaan Kecuaian

BALIK PULAU – Kementerian Kesihatan memberi jaminan siasatan terperinci akan dijalankan berhubung kes kematian seorang pesakit diabetik, Hapipah Md Taha yang didakwa berpunca daripada kecuaian kakitangan perubatan Hospital Putrajaya.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata siasatan berhubung kejadian yang berlaku September tahun lepas itu masih dijalankan dan dijangka selesai sepenuhnya dalam masa terdekat.

Katanya pihaknya juga berjanji akan mendedahkan hasil siasatan secara telus dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas kakitangannya yang cuai atau bersalah dalam kejadian berkenaan.

“Kita tidak tahu keadaan sebenar yang berlaku tetapi Kementerian Kesihatan telah membuat siasatan secara terperinci dari segala segi dan ia (siasatan) juga membabitkan pelbagai pihak. Setakat ini, belum ada keputusan muktamad lagi kerana ia masih disiasat serta mengambil sedikit masa lagi (untuk siap).

“Saya minta mereka (keluarga) bersabar dan jangan bimbang kerana Kementerian (Kesihatan) tidak akan sembunyi apa-apa berhubung siasatan kes itu dan jika kesalahan itu di pihak kami, kita akan mengaku serta mengambil tindakan. Kami bersikap terbuka dalam hal ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi dan Bilik Pembelajaran Maya di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri, di sini hari ini.

Dr Hilmi yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mahu Kementerian Kesihatan memberi penjelasan terperinci berhubung kes kematian Hapipah yang didakwa berpunca daripada kecuaian Hospital Putrajaya.


Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan dilaporkan berkata kejadian itu bukan yang pertama kali berlaku dan Kementerian Kesihatan harus melakukan sesuatu bagi mengelak situasi sama berulang pada masa hadapan.

Suami Hapipah, Abdul Razak Bachik dilaporkan berkata pihaknya turut menggesa Kementerian Kesihatan memberikan penjelasan terperinci berhubung rawatan yang diberikan kepada Allahyarham kerana keluarganya kesal serta dukacita dengan kejadian itu ekoran isterinya dihantar ke Hospital Putrajaya dalam keadaan baik dan boleh berjalan.

Katanya Hapipah mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya awal September 2015 akibat kencing tidak lawas tetapi suntikan dipercayai ‘anti-cocktail’ yang diberikan semasa rawatan di Zon Kuning itu didakwa menjadi punca yang menyebabkan kemerosotan kesihatan Hapipah sehingga meninggal dunia pada 29 Dis 2015. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori