• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kilang Kasut Dijilat Api, Rugi Hampir RM100,000

oleh Ahmad Albab
30/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sebuah kilang kasut mengalami kerugian hampir RM100,000 apabila sebahagian daripada bangunannya yang menyimpan stok kasut baharu musnah dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian Ringan, Menglembu di sini, hari ini.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohd Khairul Jamil berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian kira-kira pukul 1.57 tengah hari sebelum 19 anggota bomba termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dan Ipoh bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, api marak di tingkat bawah bahagian belakang kilang manakala tingkat atas yang merupakan pejabat kilang tersebut tidak terjejas.

“Kebakaran berkenaan telah menyebabkan 40 peratus barangan termasuk perabot seperti almari dan alat pendingin hawa musnah dijilat api manakala hanya lima peratus stuktur bangunan musnah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, ketika kejadian tiada mangsa di dalam kilang dan operasi memadamkan api masih lagi dijalankan bagi memastikan sebarang kebakaran tidak berlaku semula. – BERNAMA

Tags: kebakarankilang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd