• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesilapan Punca ‘The Young Titans’ Tewas Di Laman Sendiri

oleh AK-47
26/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kesilapan demi kesilapan dilakukan menyebabkan skuad Piala Presiden T-Team dihukum di laman sendiri dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Kekalahan 0-2 ke atas Kelantan, yang juga juara bertahan, sekali gus meranapkan peluang anak didik Mohd Nafuzi Zin itu untuk meraih kejuaraan sulung pada kejohanan berkenaan.

Mohd Nafuzi berkata kesilapan, baik daripada penjaga gol serta barisan pemain tengah sedikit merencatkan corak permainan mereka sehingga membolehkan pasukan lawan memperoleh gol awal.

“Kita telah melakukan yang terbaik, namun nasib tidak menyebelahi kita untuk menjulang Piala Presiden buat pertama kali,” katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau berkata pasukannya terpaksa menggunakan khidmat, antaranya Mohd Safawi Rasid bagi mengisi kekosongan tiga pemain utama yang dibelenggu kecederaan, dan pemain kebangsaan yang beraksi bersama skuad Liga Super T-Team itu, menunjukkan aksi terbaik walaupun kurang persefahaman dengan pemain lain.

“Ini pertama kali kita gunakan Safawi bagi menguatkan pasukan…memang persefahaman itu kurang dengan masa yang singkat untuk mencari keserasian namun dia cuba mempamerkan aksi yang terbaik,” katanya.

Dalam aksi malam tadi, Kelantan berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-40 menerusi jaringan Muhamad Raihan Mohd Huzaiz dalam kotak penalti, sebelum Muhammad Danial Ashraf Abdullah mengesahkan kejuaraan Kelantan melalui rembatan kencang pada minit ke-81.

Kemenangan itu memastikan Kelantan menang dengan agregat 3-1 selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 pada aksi final pertama di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Selasa lepas.

Mohd Nafuzi berkata walaupun bergelar naib juara Piala Presiden, ia tidak melunturkan semangat anak muda skuad ‘The Young Titans’ itu bagi mengukuhkan lagi cengkaman mereka pada saingan itu musim depan.

Beliau berkata perlawanan itu menjadi pengalaman dan pengajaran kepada dirinya dan pemain untuk memperbaiki kelemahan agar dapat mencatat pencapaian lebih cemerlang pada musim akan datang.

“Barisan pemain telah menunjukkan prestasi terbaik sehingga berjaya melangkah ke perlawanan akhir dan saya bangga dengan semangat dan komitmen mereka mengharungi saingan ini,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Kelantan Mohd Hashim Mustapha bangga dengan komitmen luar biasa anak didiknya bagi mempertahankan kejuaraan tersebut.

“Daripada awal saya ingatkan pemain jika kita memperoleh gol awal, kemenangan milik kita, dan kita perlu bermain sebaiknya dalam tempoh 90 minit…mereka berjaya membuktikannya,” kata bekas pemain kebangsaan itu. – BERNAMA

Tags: KelantanPiala PresidenT-Team
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd