• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Rasuah Sabah: Isteri Suspek Miliki RM750 Ribu

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN penahanan dua pegawai kanan agensi kerajaan di Sabah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya merampas timbunan barang kemas dan wang tunai RM750,000 daripada tiga peti besi simpanan keselamatan yang dipercayai milik isteri salah sorang suspek.

Sebelum ini, SPRM mendedahkan berjaya merampas lima peti simpanan dan perlu mendapatkan kerjasama daripada pihak bank untuk membuka peti berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, tiga peti berkenaan adalah dari dua buah bank di Kota Kinabalu dan telah dibuka hari ini.

“Daripada lima peti simpanan yang dirampas, setakat ini hanya tiga yang telah dibuka dan kami menyita barang serta wang tunai dalam peti berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

SPRM Sabah sebelum ini berjaya merampas RM114.5 juta daripada dua pegawai kanan iaitu pengarah dan timbalannya selepas didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion sejak enam tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: rasuahSabahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd