• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krisis Agama Dipercayai Punca Warga Myanmar Dibunuh

oleh AK-47
31/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pembunuhan kejam empat mangsa yang ditemui di Kampung Tanjung Hilir Bekelam, Bachok, petang semalam dipercayai berpunca daripada pergaduhan melibatkan agama.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr. Ab Rahman Ismail berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut mempunyai kaitan dengan kes penculikan empat warga Myanmar yang dilaporkan diculik pada 25 Oktober lalu.

Menurutnya, empat warga Myanmar itu diculik dari hostel mereka di Tunjung, Kota Bharu oleh sembilan orang lelaki dipercayai warga Indonesia.

“Kita percaya penemuan mayat ini ada kaitan dengan kes penculikan yang berlaku di Kota Bahru dan siasatan forensik mendapati kes tersebut ada kaitan apabila melihat tempoh kematian mereka tiga hari iaitu sama dengan kes penculikan warga asing seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“Kami percaya ini ada kaitan dengan perkelahian keagamaan di negara Myanmar namun siasatan teliti masih diteruskan dengan kerjasama daripada Bukit Aman,” katanya.

Selasa lalu, empat pekerja Myanmar yang dikenali sebagai Maung Maung Soe; 31, Thet Naing Soe; 22, Thet Naing Win; 30 dan Min Zaw Lwin; lewat 20-an dilarikan sembilan suspek bertopeng dan bersenjatakan pisau dengan menaiki van berwarna putih.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa, Min Zaw Lwin keluar ke kedai sebelum pulang bersama dua lelaki bertopeng dengan pisau di leher mangsa.

Ketika kejadian, empat lelaki warga Myanmar dan tujuh lelaki warga Indonesia berada di dalam hostel tersebut.

Suspek dikatakan menjerit ‘Siapa Buddist? Mana lagi Buddist?’ sambil mengacukan pisau ke arah mangsa dan penghuni hostel sebelum lima rakan suspek datang dan membawa lari empat warga Myanmar itu dengan menaiki van.

Kejadian tersebut dipercayai ada kaitan dengan krisis agama di Myanmar yang melibatkan agama Islam dan Buddha.

Keempat-empat warga Myanmar yang bekerja sebagai buruh elektrikal itu tidak pulang ke hostel selepas kejadian sehingga berita penemuan empat mayat di Bachok, petang semalam.

Ab Rahman berkata, mayat dua daripada mangsa pembunuhan itu dikenal pasti rakan senegara apabila melihat tatu di lengan sebelah kanan pada salah seorang mangsa.

Lewat petang semalam, empat mayat lelaki yang dipercayai sudah tiga hari mati ditemui dengan kesan tikaman selepas dibunuh dengan kejam.

Mangsa dipercayai ditekup dengan plastik, ditikam sekali atau dua di dada dan perut dengan senjata tajam sebelum dicampak ke semak.

Polis percaya berlaku pergaduhan di tempat lain sebelum mereka dibunuh dengan kejam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kes bunuhMyanmarpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd