• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Buli Pelajar Menurun – Mahdzir Khalid

oleh Ahmad Albab
20/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata terdapat penurunan kes salah laku buli dalam kalangan pelajar sekolah iaitu daripada 0.08 peratus pada 2013 kepada 0.06 peratus pada 2015.

Meskipun terdapat penurunan, beliau berkata kementerian akan terus berusaha memastikan kes-kes itu tidak berulang menerusi pelaksanaan pelbagai pendekatan antaranya mewajibkan penubuhan Jawatankuasa Disiplin Sekolah dan mengarahkan pihak sekolah mengadakan Mesyuarat Permuafakatan Sekolah jika kes perlu ditangani segera.

“Mesyuarat berkala bersama Polis Diraja Malaysia juga turut diadakan, selain merekodkan salah laku murid ke dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) secara dalam talian untuk pelaksanaan intervensi bersesuaian terhadap murid,” katanya dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (BN-Mersing) mengenai tindakan kementerian untuk membanteras kes buli di sekolah yang dilihat semakin menjadi-jadi kerana dikhuatiri mengancam keselamatan mereka.

Kepada soalan tambahan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) mengenai statistik kes buli di sekolah, Mahdzir berkata 4,159 kes dilapor pada 2012; 4,120 kes (2013); 2,885 kes (2014) dan 2,968 kes (2015) dan kebanyakannya melibatkan kes buli fizikal. – BERNAMA

Tags: kes buliMahdzir Khalid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

‘Anak Alami Gegaran Otak Akibat Dibuli, Pelaku Tak Dikenakan Tindakan Atas Alasan Masih Bawah Umur…’ – Ibu Mangsa

‘Anak Alami Gegaran Otak Akibat Dibuli, Pelaku Tak Dikenakan Tindakan Atas Alasan Masih Bawah Umur…’ – Ibu Mangsa

18/08/2025
0

JOHOR: "Anak saya mengalami masalah gegaran otak akibat buli hingga keluarga kami berdepan pelbagai kesulitan, tetapi pelaku tidak diambil tindakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd