• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Guan Eng Mengenai Sarawak Berbaur Hasutan

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini meminta polis menyiasat kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengenai Sarawak yang didakwa berbaur hasutan.

Naib Presiden PCM Datuk Huan Cheng Guan menyifatkan kenyataan dibuat melalui teks ucapan Lim pada majlis Konvensyen DAP Sarawak ke-18 di Sibu semalam, yang dibacakan oleh Naib Presiden DAP Chong Chieng Jen itu sebagai ‘cukup bahaya dan cukup serius’.

“Kenyataan sebegini memang cukup bahaya, ini cukup serius. Saya minta pihak polis menyiasat perkara ini dengan sewajarnya mengikut lunas undang-undang yang ada,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Perai Seberang Perai Tengah, di sini hari ini.

The Malay Mail Online hari ini melaporkan Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menyeru Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan parti politik di negeri itu supaya menarik diri daripada Barisan Nasional (BN) jika BN gagal memenuhi permintaan negeri itu untuk kuasa autonomi.

Kenyataan itu turut dimuat naik menerusi laman Facebook CM Lim Guan Eng.

Huan berkata sebagai ketua menteri, Lim tidak seharusnya sibuk menjaga perihal negeri orang lain, sedangkan Pulau Pinang yang di bawah pimpinannya berhadapan dengan pelbagai isu.

“Mengapa beliau harus pergi sibuk di negeri Sarawak. Dia bukan ketua menteri Sarawak. Dia ketua menteri Pulau Pinang. Seharusnya kita jaga rumah sendiri dulu sebelum jaga rumah orang lain,” katanya. – BERNAMA

Tags: Akta HasutanLim Guan Engsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Fadzmel Fadzil membidas Lim Guan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd