• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenali Dr. Fauziah, Rakyat Malaysia Ditawan Israel

oleh AK-47
07/10/2016
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERITA kapal kemanusiaan Zaytouna-Oliva bersama-sama 13 ahli misi ‘Women’s Boat to Gaza’ (WBG), yang ditawan tentera rejim Israel malam tadi, kini mendapat liputan luas seluruh dunia.

Mereka dilaporkan tiba dan ditahan di Pelabuhan Ashdod, di negara Yahudi itu, kira-kira jam 6 pagi tadi (waktu Malaysia).

Antara 13 aktivis yang ditawan termasuklah wakil tunggal Malaysia dan Asia, Dr. Fauziah Mohd Hasan.

Berikut adalah biodata Dr Fauziah;

Beliau dilahirkan di Kuala Terengganu pada tahun 1957 dan menerima ijazah MBBS daripada University of Tasmania, Australia pada tahun 1982.

Beliau telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak dan enam orang cucu.

Beliau merupakan Fellow Royal College of Obstetrics and Gynaecology (United Kingdom) sejak tahun 2003 dan berkhidmat sebagai doktor pakar di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur sejak tahun 1997.

Dr Fauziah sangat aktif dalam aktiviti kemanusiaan, bermula sebagai Bendahari Persatuan Medical Relief Malaysia (MERCY Malaysia) (2000-2006) dan mengambil bahagian dalam misi untuk Kosovo (1999), Maluku Indonesia (2000), Afghanistan (2001, 2002,2003), Aceh (2005), Pakistan (2005) dan Gaza (2009).

Beliau kemudian aktif dalam Aqsa Syarif, NGO kemanusiaan Malaysia yang memperjuangkan isu-isu Palestin.

Pada tahun 2015, Aqsa Syarif telah dikendalikan di bawah Humanitarian Care Malaysia Berhad (729288-P) (MyCare), sebuah organisasi kemanusiaan melangkaui sempadan Palestin.

Beliau adalah Timbalan Pengerusi Aqsa Syarif dari tahun 2010 dan kini ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCare.

Selain itu, Dr Fauziah merupakan Penasihat Rose2Rose (R2R), satu lagi agensi di bawah MyCare yang mempunyai fokus memperkasakan wanita dan kanak-kanak.

Kapal Zaytouna-Oliva membawa 13 aktivis wanita pelbagai latar belakang dari 12 negara itu berlepas dari Barcelona, Sepanyol, sejak 21 hari lalu.

Namun, mereka dilaporkan terputus hubungan pada 8.50 malam, kurang 50 batu nautika dari Gaza.

Sementara itu, rata-rata rakyat Malaysia menzahirkan rasa kebimbangan dan mendoakan agar semua aktivis yang terlibat dibebaskan dengan selamat khususnya Dr Fauziah. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: FB Rose2Rose

Tags: Dr Fauziahkapal Zaytouna-Oliva
Share213Tweet133SendShare

Related Posts

Aktivis WGB Harap Malaysia Anjur Misi Ke Gaza

17/12/2016
0

IPOH - Aktivis 'Women's Boat to Gaza (WBG)' dari pelbagai negara berharap Malaysia dapat menyediakan flotila atau bot sekali gus...

Contohi Kegigihan Wanita Palestin – Dr. Fauziah

06/11/2016
0

KANGAR - Peserta misi Women's Boat To Gaza (WBTG), Dr. Fauziah Mohd Hasan berkata wanita Malaysia patut mencontohi kegigihan wanita...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd