Friday, June 21, 2024

Creating liberating content

Wanita Dibaham Buaya Ketika...

SIBU - Seorang wanita maut selepas beliau dipercayai dibaham buaya ketika menangkap ikan...

Starbucks Khas Golongan Pekak...

WASHINGTON - Rebecca Witzofsky, 20, seorang penuntut Universiti Gallaudet di sini yang cacat...

Langkah BNM Bantu Ringgit...

KUALA LUMPUR - Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) mengehadkan aktiviti kontrak hadapan tidak...

GAMBAR: 20 Kedai Di...

BAGI yang pernah melancong ke negeri Cik Siti Wan Kembang pasti maklum akan Bazar...

Kebakaran Dipercayai Bermula Di Bilik Rawatan Di ICU HSA

JOHOR BAHRU – Kebakaran yang mengorbankan enam nyawa di Hospital Sultanah Aminah (HSA) hari ini dipercayai bermula di bilik rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum merebak ke seluruh unit berkenaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata kebakaran dipercayai sukar dikawal kerana kehadiran alat bantuan pernafasan mengandungi gas oksigen yang digunakan pesakit di wad ICU, menyebabkan api merebak terlalu cepat.

“Usaha menyelamat kesemua pesakit telah dilakukan. Namun disebabkan api merebak terlalu cepat, ada staf yang bertugas mengalami kesukaran bernafas dan ada yang pengsan disebabkan asap tebal,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Dr. Subramaniam berkata kementeriannya akan menunggu laporan penuh daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum mengambil tindakan lanjut.

Sementara itu, dalam kenyataan mengenai kebakaran di tingkat dua itu, beliau berkata kementerian akan menjalankan siasatan rapi bagi mengetahui punca sebenar tragedi itu dengan melantik sebuah jawatankuasa khas dianggotai agensi berkaitan dan pakar-pakar.

“Kami dimaklumkan keadaan api yang merebak dengan cepat dan kepulan asap tebal telah menyukarkan usaha menyelamat,” kata menteri itu.

Enam yang terkorban dalam kebakaran yang berlaku sebelum 9 pagi hari ini merupakan pesakit di ICU. Pesakit ketujuh sempat diselamatkan.

Pada sidang media itu, Dr. Subramaniam berharap semua waris dan anggota keluarga mangsa tabah dan diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan itu.

Pada masa sama, beliau telah mengarahkan kakitangan hospital supaya memberi apa juga bantuan diperlukan keluarga mangsa terlibat.

“Sebagai institusi yang menyediakan rawatan kepada pesakit, sudah tentu kami sangat bersedih dengan kejadian ini. Kami meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung punca kebakaran,” katanya.

Ditanya sama ada pemeriksaan prosedur keselamatan pernah dilakukan terhadap hospital itu, Dr. Subramaniam berkata ia sentiasa dilakukan, malah di kementerian sendiri wujud skuad khas untuk memantau perkara berkenaan.

Dr. Subramaniam mengucapkan terima kasih kepada anggota bomba yang berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke bahagian lain bangunan, dan staf HSA yang bertungkus lumus memindahkan 467 pesakit ke tempat selamat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, dalam catatan di Facebook, berkata taklimat terperinci mengenai kebakaran itu diberikan oleh staf HSA serta pegawai bomba dan polis semasa lawatan oleh menteri, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min dan dirinya ke hospital itu.


“Kebakaran bermula di bilik rawatan di ICU sebelum menjadi tidak terkawal dan merebak ke seluruh ICU,” katanya.

Beliau berkata alat penyembur air berfungsi serta merta dan staf hospital cuba mengawal kebakaran dengan alat pemadam api yang ada sebelum pasukan Bomba dan Penyelamat tiba untuk mengawal keadaan.

“Usaha mereka berjaya mengawal api di tingkat itu daripada merebak,” katanya.

“Dua daripada jururawat am kami, dan seorang pelajar fisioterapi cuba sebaik mungkin untuk memindahkan pesakit yang menggunakan alat bantuan pernafasan, dan dalam usaha itu, mereka pengsan akibat terhidu asap tebal,” kata Dr. Noor Hisham.

Beliau berkata mereka segera diselamatkan dan dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail.

“Kecekalan dan keberanian mereka yang berusaha untuk menyelamatkan pesakit-pesakit amat menyentuh hati saya. Saya berbangga dengan mereka dan semua staf yang bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan untuk memindahkan lebih 400 pesakit ke tempat selamat mengikut protokol kebakaran dan bencana,” katanya.

Pelan luar jangka telah dilaksanakan dan para pesakit telah dihantar ke hospital-hospital berhampiran.

Dr. Noor Hisham berkata satu-satunya pesakit yang diselamatkan dari ICU di HSA berada dalam keadaan kritikal dan telah dipindahkan ke Unit Kebakaran, Hospital Sultan Ismail.

“Sepuluh staf (HSA) terjejas oleh kebakaran itu dengan tiga daripadanya dimasukkan ke ICU di Hospital Sultan Ismail. Tujuh yang lain mengalami kecederaan ringan dan sedang dipantau rapi,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori