• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Sarawak Sedia Bantu LPKP Benteras Uber

oleh AK-47
02/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SRI AMAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak bersedia membantu Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dalam operasi membanteras perkhidmatan Uber di negeri ini.

Pengarahnya Datuk Ibrahim Othman berkata sekiranya ada permintaan daripada LPKP untuk berbuat demikian, terpulang kepada lembaga itu untuk menyusun strategi atau formula operasi tersebut nanti.

“JPJ Sarawak bersedia membantu LPKP untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang ke atas (pengusaha) Uber sekiranya diminta berbuat demikian,” katanya kepada Bernama selepas majlis penutupan program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Lubok Antu di Kompleks Sukan Lubok Antu semalam.

Ibrahim berkata mereka yang terlibat mengusahakan Uber melakukan kesalahan kerana tidak memiliki lesen memandu kenderaan perkhidmatan awam (PSV) oleh JPJ dan permit beroperasi sebagai kenderaan perkhidmatan awam dikeluarkan LPKP.

Beliau berkata kesalahan berkenaan termaktub di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (ALPKP).

“Saya difahamkan kegiatan Uber sudah mula bertapak di Sarawak secara kecil-kecilan dan belum meluas seperti mana di bandar-bandar utama di Semenanjung,” katanya.

Beliau berkata pengusaha Uber menggunakan kenderaan yang lebih baik berbanding teksi biasa dan tempahan perkhidmatan dibuat secara dalam talian di samping kadar tambang dikatakan lebih murah.

Faktor-faktor tersebut akan mewujudkan suasana tidak adil kepada pengusaha-pengusaha teksi dan kenderaan perkhidmatan awam lain yang berlesen di negeri ini, katanya.

Ibrahim berkata kegiatan Uber di negeri ini perlu dibanteras di peringkat awal lagi supaya tidak berleluasa. – BERNAMA

Tags: JPJLPKPUber
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyeru orang ramai memanfaatkan perkhidmatan digital sebagai langkah praktikal membantu menjimatkan kos...

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd