• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terpedaya Tiada DAP, PAS Tidak Menang – Mahfodz

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS menjalin tahaluf siyasi dengan DAP dalam Pakatan Rakyat sebelum ini kerana parti itu tahu matlamat PAS untuk melaksanakan Islam.di negara ini.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, PAS bagaimanapun memutuskan tahaluf siyasi berkenaan apabila mendapati DAP sebenarnya menentang Islam.

“Sebab itulah kita sanggup untuk memutuskan tahaluf siyasi kita dahulu. Pasal kita ingin mengutamakan dasar kita.

“Tepat kenyataan Mursyidul Am PAS yang baru Hashim Jasin bahawa PAS sanggup berpatah arang. PAS tidak akan masuk lubang dua kali,” katanya dalam satu himpunan baru-baru ini.

Justeru, Mahfodz mengingatkan ahli PAS supaya tidak terpedaya dengan dakyah bahaw PAS tidak akan menang pilihan raya tanpa DAP.

Jelasnya, kepercayaan terhadap dakyah tersebut merupakan satu kesalahan di sisi Islam kerana tidak akan kemenangan melainkan daripada Allah S.W.T.

“Kita tak boleh yakin dengan kata-kata “kalau tiada DAP, PAS tidak akan menang”. Kita tidak boleh yakin, salah keyakinan dan kepercayaan itu,” tegasnya.

Beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) sebelum ini mendakwa PAS tidak akan menang tanpa DAP.

Dakyah itu dibuat bagi menggugut PAS supaya kembali menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menumbangkan parti Melayu UMNO.

Desakan itu sebenarnya dibuat selepas Pakatan Harapan berasa gusar akan kehilangan sokongan ahli PAS yang majoriti mereka kaum Melayu. -MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd