• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Ambil Kesempatan Politik Kes Rasuah – SPRM

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyelar pihak yang mengambil kesempatan daripada tindakan tegas agensi itu menangani gejala rasuah di Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk kepentingan politik mereka.

Timbalan Ketua Peseruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, kes itu hanya menjurus kepada penglibatan pegawai-pegawai kerajaan yang menerima rasuah serta penyalahgunaan kuasa dan tidak melibatkan mana-mana ahli politik.

“Setakat ini ia tidak melibatkan mana-mana ahli politik sama ada di peringkat negeri atau Krajaan Persekutuan.

“Sehubungan itu, SPRM meminta semua pihak agar tidak mempolitikkan isu ini atau mengambil kesempatan terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM bagi kepentingan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan SPRM menahan seramai 19 Ketua Bahagian dan Daerah JANS semalam bagi membantu siasatan penyelewengan dana infrastruktur jabatan tersebut semalam.

Kesemua suspek lelaki berusia antara 29 dan 59 itu ditahan dalam operasi fasa kedua yang dilancarkan susulan operasi pertama pada 4 Oktober lalu.

Operasi berkenaan dilancarkan berikutan penemuan maklumat tambahan dan bukti yang diperolehi hasil keterangan mereka yang diambil sebelum ini serta analisa dokumen-dokumen yang dirampas.

SPRM turut merampas wang tunai kira-kira RM4.2 juta daripada beberapa suspek. SPRM turut membekukan beberapa akaun bank yang mempunyai wang berjumlah kira-kira RM3.6 juta milik beberapa orang suspek tersebut. -MYNEWSHUB.CC

Tags: rasuahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd