• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadikan Sukan Budaya Ke Arah Gaya Hidup Sihat Sentiasa

oleh Ahmad Albab
08/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat Malaysia menjadikan sukan sebagai amalan dan budaya ke arah gaya hidup sihat sepanjang tahun dan tidak mengehadkan penyertaannya hanya pada Hari Sukan Negara.

Beliau berkata sekiranya penyertaan bersukan hanya dibuat pada sambutan Hari Sukan Negara, ia tidak akan menjadi wadah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang cergas dan tahap kesihatan yang baik.

“Saya mahu definisi Hari Sukan Negara ialah hari-hari kita bersukan. Tidak perlu bersukan secara formal. Kalau tidak berapa jauh, kita boleh berjalan kaki.

Kalau dua atau tiga tingkat, tak perlu naik lif tetapi naik tangga.

“Amalan pemakanan juga perlu dijaga, tolak makanan berlemak, jangan cari soal sedap sahaja sebaliknya sedap dan sihat,” katanya ketika merasmikan Hari Sukan Negara 2016 di Presint 2 di sini hari ini.

Hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober dipilih sebagai Hari Sukan Negara. Ia merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan untuk mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan.

Najib berkata sukan juga adalah wadah penyatuan untuk meningkatkan semangat patriotisme kepada negara.

Beliau memberi contoh apabila wira dan wirawati sukan beraksi di Sukan Olimpik dan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil baru-baru ini, rakyat Malaysia tetap memberi sokongan kepada atlet di depan kaca televisyen walaupun mereka beraksi beribu-ribu batu jauh.

“Ini merupakan detik paling bermakna. Kita berasa bangga dan berasa berdiri lebih tinggi kerana kejayaan mereka memberi inspirasi dan menyerlahkan imej negara,” katanya.

Najib berkata sambutan Hari Sukan Negara tahun ini ‘cukup luas’ dengan penyertaan lebih tujuh juta rakyat Malaysia di seluruh negara berbanding 5.1 juta pada tahun lepas, dan mencatatkan Malaysia Book of Records dengan penyertaan paling ramai.

Sebanyak 22,500 aktiviti diadakan di seluruh negara semasa Hari Sukan Negara termasuk di kawasan kampung dan daerah.

Kerajaan-kerajaan negeri dan kementerian-kementerian turut mengadakan pelbagai aktiviti bersempena Hari Sukan Negara.

Najib turut melakukan ‘walkabout’ di sekitar Putrajaya bersempena Hari Sukan Negara, termasuk menunjuk bakat memecahkan papan karate bersama ahli taekwondo bagi Program Seni Mempertahankan Diri sebelum menyertai kayuhan menuju ke Dataran Putrajaya di Presint 3.

Sebelum itu, perdana menteri juga melepaskan peserta Kayuhan Hari Sukan Negara.

Beliau juga menyertai hampir 17,000 warga pendidikan dan pelajar berjalan sejauh 4.5 kilometer bagi acara Jalan Ria 1Murid 1Sukan di Dataran Putrajaya.

Najib juga membuat sepakan penalti pada acara futsal dengan pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei menjadi penjaga gol. – BERNAMA

Tags: Hari Sukan NegaraNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Visi Sukan Negara 2030 Dilancar

Visi Sukan Negara 2030 Dilancar

08/10/2022
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan Visi Sukan Negara 2030 (VSN2030) dalam usaha mewujudkan...

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd