Wednesday, July 17, 2024

Creating liberating content

ISU MB: Nurul Izzah...

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berpendapat, ibunya yang juga presiden parti, Datuk...

Peringatan Menjelang PRU-15

Kita perlu sentiasa ingat pembangkang di Malaysia sanggup mengorbankan masa depan negara demi...

JKDM Giat Laksana Usaha...

PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan menggerakkan usaha untuk mengecilkan jurang...

Seorang Maut, 2 Cedera...

GUA MUSANG - Seorang maut manakala dua cedera apabila sebuah treler balak terbabas...

Spender Biadap: Rani Kipidap Desak Australia Mohon Maaf

KUALA LUMPUR – Australia perlu mohon maaf kepada Malaysia atas perlakuan biadap rakyatnya hina Jalur Gemilang sewaktu perlumbaan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) di Sepang, Ahad lalu.

Perkara tersebut ditegaskan oleh Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini hari ini.

Beliau yang lebih mesra dikenali dengan tagline ‘Kipidap Dongibap’ itu berkata, penghinaan terhadap Jalur Gemilang tidak dapat diterima dan kerajaan negara terlibat seharusnya turut meminta maaf kepada seluruh warga Malaysia.

“Kami akan turut menghantar memorandum (bantahan) ke Suruhanjaya Tinggi Australia susulan kelakuan biadap rakyat mereka itu,” katanya mengulas isu pemakaian seluar dalam oleh sembilan warga Australia ketika F1 kelmarin.

Pada Ahad lalu, sekumpulan lelaki berkenaan dirakam bergembira meraikan kejayaan pelumba negara mereka dengan memakai seluar dalam bercorak Jalur Gemilang dan imej itu kemudian menjadi viral menerusi media sosial.

Baca: Seluar Dalam Jalur Gemilang Hanya Dijual Di Australia?

Juga: Pegawai Menteri Juga Ditahan Pakai Spender Jalur Gemilang

Seluar Dalam Jalur Gemilang Dari Australia

Kesemua individu yang terbabit, disahkan sebagai rakyat Australia termasuk salah seorang ialah penasihat kepada Menteri Industri Pertahanan negara tersebut dan mereka ditahan reman selama empat hari mulai semalam.


Kes pelik itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan mengaibkan untuk tujuan memecah belah keamanan dan Seksyen 14 Kanun Keseksaan iaitu berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.

Mengulas lanjut, Abdul Rani berkata, tindakan pantas pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berjaya menahan sembilan individu terbabit sebaik isu berkenaan mula menjadi viral juga perlu menerima pujian tinggi.

Sementara itu, Pengerusi Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay meminta supaya satu garis panduan dikeluarkan buat pelancong luar negara dan rakyat Malaysia yang mahu ke luar negara.

Ini ujar beliau bagi mengelakkan insiden penghinaan terhadap Jalur Gemilang berulang kembali akibat kurang maklumat mengenai sensitiviti lambang kedaulatan sesebuah negara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori