• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu RUU: DAP Berdolak-Dalik, Kata Presiden MCA

oleh Ahmad Albab
15/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – MCA mahu DAP berhenti berdolak-dalik dan menyalahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang dibentang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, Mei lepas.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata DAP kini cuba menuduh MCA dengan memperdayakan pengundi Cina bahawa MCA tidak tidak melakukan apa-apa mengenai RUU itu.

Sedangkan, katanya DAP pada pilihan raya umum sebelum ini bekerjasama baik dengan PAS sehingga membantu kemenangan PAS dengan undi daripada kaum Cina.

“Kita (MCA) telah menyatakan pendirian sebelum ini bahawa kita tak sokong RUU ini kerana ia menentang semangat Perlembagaan Malaysia.

“Sekarang kita nak tanya DAP apa pendirian dan tindakan mereka berhubung RUU itu dan kenapa mereka tidak sekat RUU yang dibentang oleh (Abdul) Hadi sedangkan dahulu mereka bersekongkol dalam PRU yang lepas?,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen MCA, Pemuda dan Wanita Terengganu, di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi MCA negeri, Datuk Toh Chia Yau.

Liow menarik perhatian bahawa sejak RUU dibentangkan, DAP tidak lantang menyatakan bantahan walaupun DAP mendakwa tidak lagi bekerjasama dengan PAS dalam hal-hal politik.

“Mereka kata mereka tidak bekerjasama, tetapi mereka masih bekerjasama di Selangor dan Pulau Pinang. Nampaknya mereka ada agenda lain yang cuba disembunyikan. Mereka tidak boleh nafikan yang mereka masih bersama-sama, di peringkat kerajaan negeri mereka (PAS dan DAP) sebenarnya masih bekerjasama,” katanya.

Liow dalam pada itu mengulangi pendirian untuk tidak menyokong RUU itu kerana berpendapat ia bukan sahaja menentang semangat Perlembagaan Malaysia tetapi juga ia adalah undang-undang PAS.

“Kita (MCA) tidak ada masalah jika ia untuk memantapkan undang-undang syariah kerana ia masih tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan. Tetapi RUU itu adalah untuk menegakkan undang-undang Hudud PAS, jadi kita (MCA)… tidak setujulah,” katanya.

Mei lalu, Abdul Hadi membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Usul itu dibentang bagi meminda Seksyen 2 akta tersebut untuk menyebut Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A yang menyebut dalam melaksanakan undang-undang jenayah di bawah seksyen tersebut, Mahkamah Syariah mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman berkaitan kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen berkenaan selain hukuman mati. – BERNAMA

Tags: DAPMCARUU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Mahu Masuk Dalam Buku Sejarah? Buat Malu Anak-Anak Kita Saja – Ridhuan Tee

DAP Mahu Masuk Dalam Buku Sejarah? Buat Malu Anak-Anak Kita Saja – Ridhuan Tee

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan penganalisis politik, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan cadangan supaya jasa dan sumbangan DAP dimasukkan...

Wanita UMNO Melaka Tolak Dakwaan Melayu Semakin Terima Perjuangan DAP

Wanita UMNO Melaka Tolak Dakwaan Melayu Semakin Terima Perjuangan DAP

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Wanita UMNO Kota Melaka membidas dakwaan Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong konon DAP Melaka mencipta sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd