Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Bayi Dilahirkan Dengan 2...

SEORANG bayi lelaki telah mengejutkan ramai apabila dia dilahirkan dengan dua zakar, dengan...

2 Lelaki Geng Samun...

BUKIT MERTAJAM - Polis berjaya menumpaskan geng samun bersenjata, pecah rumah dan curi...

PKPB Beri Tempias Unjuran...

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di dua negeri...

Trump Tak Puas Hati...

LOS ANGELES - Mahkamah di Amerika Syarikat (AS) sebulat suara enggan mengembalikan semula...

Individu Bawah Pengawasan Ditembak Mati Di Nibong Tebal

NIBONG TEBAL – Seorang individu yang berada di bawah pengawasan polis mati ditembak di sini awal pagi tadi.

Dia yang berumur 21 tahun dan diawasi berhubung kes dadah ditembak setelah kereta yang dinaikinya bersama seorang rakan dikejar pihak polis sejauh 10 kilometer.

Rakannya itu kemudiannya ditahan dalam kejadian 5 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafee Abd Samad berkata individu tersebut juga didapati tidak melapor diri kepada pihak polis dalam tempoh yang ditetapkan.

Beliau berkata kejadian bermula apabila pasukan polis yang membuat rondaan di Taman Jawi Permai terserempak dengan sebuah kereta yang dinaiki dua lelaki yang dalam keadaan mencurigakan.

“Pihak polis kemudiannya mengarahkan pemandu kereta itu agar mematikan enjin keretanya dan keluar dari keretanya. Namun pemandu terbabit terus memecut keretanya ke arah Jalan Sungai Duri,” kata Shafee.


Beliau berkata kereta berkenaan turut merempuh tiga buah motosikal anggota polis dan sebuah kereta peronda.

“Pihak polis terpaksa mengejar kereta tersebut lebih 10 kilometer dari Taman Jawi Permai di Sungai Bakap hingga Jalan Sungai Daun sebelum melepaskan tembakan ke arah tayar dan bahagian belakang kereta itu sehingga ia terbabas ke dalam parit,” katanya.

Beliau berkata pemandu kereta tersebut kemudiannya ditemukan mati manakala rakannya yang berumur 26 tahun tidak mengalami kecederaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori