Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

Datuk Sekeluarga Ditemui Selamat...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki bergelar Datuk bersama isteri dan empat orang anaknya...

Akidah Bukan Ditentukan Oleh...

KANGAR - Hukuman mahkamah yang batal keislaman seseorang sama sekali tidak menyebabkan individu...

Calon Ketua Jurulatih Skuad...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pasukan Petugas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum...

Bas Terbalik: Tiga Masih...

KUANTAN - Tiga pelancong warganegara China yang terlibat dalam kemalangan bas di KM17.13...

Imigresen Kedah Tahan 59 Pati Di Tapak Pembinaan

ALOR SETAR – Imigresen Kedah menahan 59 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam ‘Op Bersepadu’ di dua tapak pembinaan di sekitar daerah Sungai Petani semalam.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kedah, Mohd Shahrir Khalil berkata dalam operasi 11.25 pagi itu, 20 lelaki Myanmar, Indonesia (19), Bangladesh (12), Nepal (empat), tiga wanita Indonesia serta seorang wanita Myanmar berusia antara 31 hingga 40 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Kami jalankan pemeriksaan terhadap 76 PATI pelbagai warganegara dan 59 daripadanya ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tiada dokumen perjalanan yang sah dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Semasa pemeriksaan semua PATI sedang sibuk bekerja namun selepas menyedari kehadiran penguat kuasa, ada antara mereka yang cuba melarikan diri dan bersembunyi tetapi tindakan mereka gagal,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Mohd Shahrir berkata semua yang ditahan ditempatkan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori