• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Hentikan Jelah Perkhidmatan Nuri’ – Netizen

oleh AK-47
04/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“HENTIKAN perkhidmatan Nuri, ganti helikopter baru!” itu luahan netizen ekoran tragedi malang sebuah helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di sebuah sekolah di Tawau, Sabah pagi tadi.

Rata-rata orang ramai berpandangan bahawa kerajaan harus menamatkan perkhidmatan helikopter Nuri milik TUDM kerana ini bukan merupakan kejadian terhempas yang pertama melibatkan pesawat jenis tersebut.

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun nama @mathanamuhilan, mengatakan perkhidmatan Nuri telah digunakan sejak era komunis menguasai Tanah Melayu, iaitu sekitar tahun 1960-an.

twit

“Government should retire Nuri Helicopter. We using it since communist era. Try to buy better Helis for Air Force. (Kerajaan harus hentikan Helikopter Nuri. Kita telah guna sejak zaman Komunis lagi. Cuba beli helikopter lebih moden untuk Tentera Udara),” tulisnya.

Begitu juga dengan sebilangan besar netizen yang meminta agar kerajaan menghentikan segera perkhidmatan helikopter ‘tua’ itu bagi mengelak kejadian sama berulang.

2 3 4 5

Dalam kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan Balung pada pagi Selasa ini, seramai 19 orang telah disahkan tercedera dalam kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata, mereka terdiri daripada lima orang pelajar sekolah dan 14 kru pesawat yang berada di dalam helikopter tersebut, termasuk juruterbangnya.

Difahamkan, helikopter model Sikorsky S-61A-4 buatan Amerika Syarikat tersebut yang sedang membuat latihan penerbangan telah membuat pendaratan cemas berhampiran sekolah itu.

Kerajaan pada 2008 lalu mengumumkan helikopter berkenaan bakal digantikan dengan model Eurocopter EC725 Cougar secara berperingkat-peringkat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: nahas helikopterTawauTUDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Sahkan Pendaratan Kecemasan Pesawat Latihan Di LTSAH

TUDM Sahkan Pendaratan Kecemasan Pesawat Latihan Di LTSAH

19/08/2025
0

ALOR SETAR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan berlakunya kes pendaratan kecemasan melibatkan sebuah pesawat latihan Pilatus PC-7 MkII di...

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd