• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Terakhir Parti BN Kemuka Maklum Balas Sempadan SPR

oleh Ahmad Albab
06/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Setiausaha agung parti komponen Barisan Nasional (BN) diberi sehingga hari ini untuk mengemukakan maklum balas dan syor berhubung cadangan persempadanan semula yang dikemukakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata kelompok daripada satu bangsa yang terlalu besar dalam satu kawasan parlimen adalah antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuannya dengan setiausaha agung parti komponen BN pada minggu lepas bagi menyelaras cadangan balas kepada SPR.

“Keadaan ini dibimbangi akan menyebabkan sesetengah kawasan mempunyai komposisi kaum yang tidak seimbang atau diwakili kaum tertentu sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan Program Tahsin Iqra di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata turut dibangkitkan parti komponen BN berhubung cadangan persempadanan semula itu ialah berkaitan Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang dikeluarkan daripada kawasan Parlimen.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini memaklumkan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lepas.

Semua pihak diberi masa sebulan sehingga 14 Okt untuk mengemukakan bantahan masing-masing. – BERNAMA

Tags: BNPersempadananTengku Adnan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

30/12/2025
0

KOTA KINABALU: Calon yang bertanding atas tiket BEBAS pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah 29 November lalu, Mohd Ismail...

Kenyataan ‘Meraikan’ Boleh Jejas Kerjasama PH, BN Dalam Kerajaan MADANI – Kian Ming

Kenyataan ‘Meraikan’ Boleh Jejas Kerjasama PH, BN Dalam Kerajaan MADANI – Kian Ming

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Kenyataan 'meraikan' yang ditulis bekas Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd