Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Ketepi Soal Ganjaran Dalam...

KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) mahu pemain sepak takraw mengetepikan sikap...

WolffePack: Beg Sandang Ini...

Jika sering menggunakan perkhidmatan awam seperti komuter, anda pasti pernah melihat seseorang mengenakan...

IDRISSI School, Pilihan Terbaik...

HEBAT… Usia IDRISSI School baru lebih tiga tahun, namun nama sekolah ini cukup...

TMJ Sambut Ulang Tahun...

SELAMAT ulang tahun diucapkan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang baru...

Guru Antara 16 Individu Terbabit Aktiviti Pengganas

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang guru kaunseling sekolah dan seorang kakitangan bank kerana disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas sejak 21 September lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, turut ditahan sehingga 6 Oktober lalu lima peniaga, empat juruteknik, dua penggangur, seorang pengurus eksekutif, seorang pencari barangan artifak dan seorang pelajar universiti awam.

“Mereka ditahan di sekitar Selangor, Kelantan, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah. Kesemua mereka terdiri daripada 15 warga Malaysia dan seorang warga asing berusia antara 20 hingga 38 tahun,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Khalid berkata, seramai 14 suspek yang ditangkap di Selangor, Kelantan, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah disyaki anggota kumpulan pengganas kumpulan militan Daesh.

Menurutnya, mereka telah berbaiah secara dalam talian dengan sel `gagak hitam’ yang diketuai Muhammad Wanndy Mohamed Jedy yang merupakan perancang utama insiden pengeboman di Kelab Movida, Puchong, Selangor pada 28 Jun lalu.

Kata beliau, pelajar universiti awam di Johor yang ditahan pula kerana disyaki merancang untuk menyusup masuk ke Syria bagi menyertai kumpulan pengganas di negara itu.


Tambahnya, seorang rakyat Afrika Utara berusia 32 tahun ditangkap pada 25 September lalu kerana disyaki terlibat dalam sindiket pemalsuan dokumen bagi kegunaan kumpulan Jahbat Al Nusra.

“Kesemua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747),” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori