• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geng Pecah Rumah Amir Rais Di Bagan Datoh Tumpas

oleh Ahmad Albab
12/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Geng Amir Rais yang dipercayai terbabit dalam beberapa kes pecah rumah dan curi motosikal di sekitar Bagan Datoh tumpas apabila tujuh anggota kumpulan termasuk ketua kumpulannya ditahan dalam Ops Pintu semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Pera,k ACP Wan Hassan Wan Ahmad berkata kesemua suspek yang berusia 24 hingga 30 tahun itu didapati aktif menjalankan kegiatan pecah rumah dan curi motosikal sejak beberapa bulan lalu.

Katanya polis menahan empat lelaki bersama-sama dalam sebuah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Hutan Melintang pada 12.15 tengah malam semalam sebelum membawa kepada tangkapan susulan tiga lagi lelaki termasuk seorang warganegara Indonesia di Bagan Datoh pada hari yang sama.

“Sewaktu penahanan empat lelaki itu, kita telah menjumpai alat-alat yang disyaki digunakan untuk pecah rumah, wang tunai berjumlah RM2,238, tiga buah telefon bimbit serta beberapa paket kecil dadah. Kita turut menyita kereta yang digunakan mereka.

“Malah semakan urin mendapati kesemuanya positif dadah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Wan Hassan berkata ketua kumpulan geng itu yang didapati pengedar dadah kecil-kecilan di kawasan itu sering kali masuk keluar lokap dan mempunyai beberapa rekod lampau membabitkan kes pecah rumah.

Katanya susulan penahanan ketujuh-tujuh suspek itu, polis percaya dapat menyelesaikan lima kes pecah rumah dan dua kes curi motosikal setakat ini berikutan beberapa suspek telah membuat pengakuan.

“Kita masih memburu saki baki kumpulan itu dan modus operandi mereka ialah memecah masuk rumah yang tidak berpenghuni,” katanya.

Kesemua mereka kini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah serta disiasat dibawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: pecah rumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru Lima Suspek Cuba Pecah Rumah

Polis Buru Lima Suspek Cuba Pecah Rumah

16/06/2025
0

KAJANG – Polis sedang memburu sekumpulan lima lelaki yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah di sini pada Sabtu lalu. Ketua...

Wanita Rohingya Ada 54 Rekod Pecah Rumah, Suami Didakwa Simpan Harta Curi

Wanita Rohingya Ada 54 Rekod Pecah Rumah, Suami Didakwa Simpan Harta Curi

03/12/2024
0

BATU PAHAT: Wanita etnik Rohingya yang baru habis berpantang dan memiliki 54 rekod jenayah termasuk kes pecah rumah didakwa bersama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd