Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

PM Harap ‘Year Of...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap sambutan ‘Year of the Ox’ tahun ini akan...

2 Lelaki Mengaku Berasal...

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia menahan dua lelaki yang mendakwa berasal dari Sabah...

Siasat Siapa ‘Malaysian Investigators’,...

KUALA LUMPUR - Wanita UMNO hari ini mendesak pihak berkuasa supaya menyiasat identiti...

Rakyat Malaysia Dipenjara 15...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia, Ahmad Mustakim Abdul Hamid dijatuhi hukuman penjara 15...

ESSCOM Tahan 20 PATI Di Felda Sahabat

LAHAD DATU – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menahan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Gasak 7 di empat perkampungan setinggan di Felda Sahabat semalam.

Komander Esscom, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata operasi bersepadu yang bermula seawal pukul 3.30 pagi hingga 12.00 tengah hari itu ditumpukan di Kampung Lok Buani, Sungai Merah, Labian Lama dan Sungai Bilis.

Beliau berkata operasi yang disertai oleh seramai 291 pegawai dan kakitangan dari pelbagai agensi keselamatan dan penguat kuasa persekutuan dan negeri itu telah memeriksa seramai 994 orang.

Daripada jumlah tersebut, seramai 20 orang disyaki PATI telah ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah terdiri daripada 19 warga Filipina dan seorang warga Indonesia, katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kesemua tahanan akan dihantar ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau untuk tujuan dokumentasi sebelum dihantar pulang ke negara mereka.


Operasi berkenaan yang diketuai oleh Ketua Staf Komponen Darat Esscom, SAC Zulkifli Salleh yang dibantu oleh Timbalan Ketua Staf Siasatan Khas dan Teknikal Esscom, ACP Victor Santos.

Antara agensi yang menyertai operasi ini termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, Majlis Daerah dan Pejabat Daerah Lahad Datu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori