• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elly Mazlein Dah Maafkan Bekas Suami, Faye Kusairi

oleh AK-47
17/10/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Elly Mazlein menyatakan dia sudah memaafkan bekas suaminya, pengarah drama Azmi Hatta dan pelakon Faye Kusairi yang mana nama ketiga-tiganya menjadi kontroversi baru-baru ini.

Menurut Elly, dia kini ingin membuka buku baharu dalam hidupnya dan mahu menjadi lebih positif selepas ini.

Elly Mazlein Dah Maafkan Bekas Suami, Faye Kusairi
Azmi Hatta dan Faye Kusairi.

Memetik Harian Metro, Elly berkata, “Saya mahu menutup buku lama dan buka buku baru. Saya sudah dapat apa yang saya mahukan dan ini bukan sahaja untuk diri saya, tetapi untuk keluarga.”

Elly dan Azmi disahkan bercerai Oktober tahun lalu dan pada awal minggu lalu, Azmi telah diarahkan oleh pihak makhamah untuk membayar nafkah anak mereka, Putri Sara Sefhia sebanyak RM1,500 sebulan.

“Penderitaan selama ini terbayar dan kali ini, saya benar-benar akan bergerak ke depan,” ujar pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ini.

Kontroversi antara Elly dan pelakon Faye bermula apabila pelakon itu didakwa merupakan wanita yang menjadi punca kepada keretakan rumah tangganya.

Perbalahan di antara mereka berlarutan sehingga ke laman sosial dengan pelbagai status sarkastik yang dimuat naik oleh kedua-dua belah pihak.

Menjawab mengenai hal itu, Elly menjelaskan, “Pada saya, bertelagah di Instagram dan satu negara baca mengenainya perbuatan memalukan.”

“Sebelum ini, saya cuba tutup aib serapat-rapatnya. Sejak mengandung lagi, saya sudah kena macam-macam perkara dan hampir meroyan.

“Saya berani untuk lantang bersuara pun adalah untuk menuntut hak saya dan anak daripada bekas suami. Ketika saya berdiam diri, pihak satu lagi pula yang banyak bersuara dan itu membuatkan saya juga tampil bersuara.

“Mujurlah, saya dapat bantuan daripada keluarga yang sentiasa memberi sokongan. Saya mahu lagi menoleh ke belakang,” katanya.

Elly kini berkata dia mahu menumpukan perhatian kepada anak, bapa dan kerjaya seninya lebih-lebih lagi dia kini sedang sibuk dengan pertandingan Gegarvaganza musim ketiga yang membuka tirainya semalam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kontroversimyArtispenyanyiselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Negeri Sembilan: Amirudin Dakwa Rekod Anthony Loke Di Peringkat Persekutuan Cemerlang

PRN Negeri Sembilan: Amirudin Dakwa Rekod Anthony Loke Di Peringkat Persekutuan Cemerlang

26/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook didakwa mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang di peringkat Kerajaan Persekutuan. Menteri Besar...

PH Bawa ‘Superman Hew’ Ke PRN Negeri Sembilan?

PH Bawa ‘Superman Hew’ Ke PRN Negeri Sembilan?

22/07/2026
0

SEREMBAN – Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mempersoalkan tindakan DAP dan Pakatan Harapan (PH) membawa Hew Kuan Yau atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd