• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekonomi Digital Pacu Infrastruktur Internet Di Sabah

oleh Ahmad Albab
25/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ekonomi digital yang menjadi antara fokus dalam pembentangan Bajet 2017 boleh memacu pembangunan infrastruktur Internet di Sabah, kata Setiusaha Agung Dewan Usahawan Bumiputera Sabah, Mohammad Zikrun.

Namun beliau berkata keadaan infrastruktur Internet di Sabah sekarang terutama di luar bandar masih sukar diakses secara lebih pantas.

“Sehubungan itu infrastruktur dan liputan Internet di Sabah yang belum bersedia perlu dibangunkan dengan lebih rancak untuk memastikan usahawan menikmati manfaat ekonomi digital, katanya kepada Bernama.

Mohammad berkata usahawan di Sabah juga perlu diberikan latihan dan pendedahan berkaitan penggunaan aplikasi dalam talian sebagai antara usaha membantu mereka menguasai kemahiran digital.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan lebih banyak platform pengiklanan dalam talian untuk kegunaan usahawan mempromosi seterusnya memasarkan produk perniagaan masing-masing dengan lebih mudah.

Dalam Bajet 2017, kerajaan memperuntuk RM162 juta kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi melaksanakan program seperti ekosistem e-Dagang dan ‘digital maker movement’ selain RM1 bilion bagi meluaskan liputan dan kualiti jalur lebar sehingga 20Mbps di seluruh negara. – BERNAMA

Tags: EkonomiSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

“Insya-Allah Kita Akan Pikul Amanah Rakyat Negeri Sembilan”

“Insya-Allah Kita Akan Pikul Amanah Rakyat Negeri Sembilan”

23/07/2026
0

JELEBU - "Insya-Allah kita akan memikul amanah ini dan membawa rakyat ke arah satu hala tuju yang boleh menyelesaikan, kalau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd