• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, January 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Kedai Musnah Kebakaran Di Jalan Kelochor

oleh Ahmad Albab
02/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Dua rumah kedai sederet musnah dan sebuah rumah kediaman nyaris hangus dalam kejadian kebakaran di Jalan Kelochor di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 3.30 pagi itu, sebuah kedai runcit dan kedai photostat hangus manakala rumah kediaman yang terletak di belakang kedai berkenaan, terbakar kira-kira 10 peratus.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Pegawai Bomba Kanan II Ismadi Mohamad Taib berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada 4.12 pagi.

Sebaik tiba di lokasi kebakaran, didapati sebaris rumah kedai sedang terbakar kira-kira 50 peratus, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata usaha memadam api dijalankan sebaik mungkin dan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada 5 pagi.

“Pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian dan jumlah keseluruhan kerugian sedang dilakukan pihak kami,” katanya.

Beliau berkata tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Pemilik kedai photostat, Lam See Wah, 45, berkata beliau menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi wisel yang ditiup oleh pengawal keselamatan di sekolah berdekatan.

Lam berkata pada mulanya dia menyangkakan ada kejadian kecurian, namun apabila beliau keluar daripada rumah mendapati terdapat asap tebal di bahagian bumbung kedainya.

“Saya tidak sempat menyelamatkan barangan dalam kedai menyebabkan kesemua tujuh mesin photostat hangus terbakar.

“Saya percaya kebakaran berpunca daripada litar pintas tetapi saya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan,” katanya yang mendakwa mengalami kerugian lebih RM50,000. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

44 Maut Dalam Kebakaran Tujuh Blok Pangsapuri Di Hong Kong

44 Maut Dalam Kebakaran Tujuh Blok Pangsapuri Di Hong Kong

27/11/2025
0

HONG KONG - Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), John Lee pada awal Khamis berkata kebakaran di Wang...

Dua Kilang Perabot Terbakar

Dua Kilang Perabot Terbakar

17/11/2025
0

SUNGAI BULOH – Dua buah kilang perabot musnah dalam kebakaran di Jalan Baru Sungai Buloh, di sini pada Isnin. Peniolong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd