• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Didenda Kerana Berada Terlalu Lama Di R&R?

oleh AK-47
10/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GURUN – Seorang pemandu mendakwa dia telah ‘didenda’ oleh pihak Lebuhraya PLUS kerana berada terlalu lama di hentian Rehat dan Rawat (R&R).

Damar Wulan, menerusi laman sosial meluahkan ketidakpuasan hatinya ekoran dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM6.40 ketika tiba di Plaza Tol Pendang yang mana menurutnya kadar bayaran kebisaan hanyalah RM3.00.

Damar sebelum tiba di Plaza tol berkenaan, dia berhenti seketika di kawasan R&R Gurun untuk tidur selama setengah jam akibat keletihan selepas menghantar rakan.

“Aku didenda RM9.40. Bayaran tol sahaja RM3.00 tetapi dicaj sehingga RM9.40 ketika sampai di Tol Pendang, di mana caj tambahan itu dikenakan kerana duduk di R&R melebihi 1 jam 50 minit. Gila ke apa ini? Tak boleh duduk lama di R&R?” katanya.

Didenda Kerana Berada Terlalu Lama Di R&R?

Menurut Damar, pihak PLUS memberikan alasan bahawa mereka mengesyaki jika duduk lama di R&R ada unsur penipuan dilakukan oleh pengguna lebuh raya.

Lantas membuatkan dia menghubungi pihak PLUS bagi mendapatkan kepastian berkenaan perkara tersebut, namun jawapan yang diberi masih tidak memuaskan.

“Saya memaklumkan bahawa saya letih dan tidur seketika di R&R, namun penyelia tol berkenaan pula menyatakan tidur tidak diiktiraf di atas lebuhraya PLUS kerana di situ tiada hotel. Malah, pengguna kena akur dengan sistem yang telah dibuat,” katanya.

Justeru, beliau mempersoalkan jika peraturan seperti itu dilaksanakan, mengapa pihak PLUS tidak meletakkan papan di ‘tidak dibenarkan berehat melebihi 1.5 jam’ di R&R Gurun.

Merujuk kepada kes Damar, PLUS pada 2005 pernah mengeluarkan kenyataan akbar di mana pihaknya akan mengambil tindakan denda terhadap pengguna yang menggunakan lebuhraya mereka bagi tempoh yang terlalu lama dan tidak munasabah.

Langkah itu bagaimanapun tidak dipersetujui oleh Menteri Kerjaraya pada ketika itu, Datuk Seri S. Samy Vellu dengan mengatakan PLUS dilarang melaksanakan denda tersebut sehingga pindaan undang-undang berkaitan dilakukan.

Bagi kami, adalah sebaiknya tidak diketatkan undang-undang caj tambahan ini kerana kebanyakkan pengguna yang melalui perjalanan yang jauh akan berhenti di R&R untuk berehat, mandi, tidur dan sebagainya.

Ia juga adalah kawasan riadah dan jika peraturan itu tetap diteruskan, fungsi R&R juga pasti terjejas kerana pengguna lebuh raya akan meneruskan perjalanan dengan tergesa-gesa dan membahayakan keselamatan mereka. – MYNEWSHUB.CC

Tags: aduan penggunadendaLebuhraya PLUS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd