• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Deepavali Landasan Pupuk Perpaduan, Persefahaman

oleh Ahmad Albab
27/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam menggesa penganut Hindu di negara ini untuk menggunakan perayaan Deepavali sebagai landasan memupuk perpaduan dan persefahaman dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Ketika membuat gesaan itu, beliau juga meminta kaum India untuk menjemput rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat, bersama-sama meraikan Deepavali dalam semangat sebenar 1Malaysia.

Katanya sambutan Deepavali, yang menandakan kemenangan atas kejahatan amat bertepatan serta menunjukkan rakyat perlu menghapuskan segala kedengkian dan bergerak ke arah mengeratkan tali silaturahim sesama rakyat.

“Sambutan Deepavali merupakan satu peluang emas untuk mewujudkan perasaan silaturahim antara kaum serta mengukuhkan institusi kekeluargaan.

“Jadi, marilah menjemput rakyat Malaysia dari kaum lain untuk meraikan bersama-sama kerana ia akan menjadi peluang untuk memupuk hubungan yang lebih erat,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Deepavali.

Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan, turut menasihati rakyat Malaysia agar makan secara sederhana, pilih makanan yang sihat dan mengurangkan makanan yang kaya dengan lemak dan gula.

“Ketika membuat lawatan ke rumah saudara-mara, pilihlah makanan yang betul supaya anda boleh meraikan Deepavali dengan cara yang lebih sihat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati masyarakat India untuk memanfaatkan semua peluang yang disediakan oleh kerajaan bagi meningkatkan taraf kualiti hidup masing-masing.

Beliau berkata kerajaan sentiasa menyediakan pelbagai kemudahan kepada semua lapisan masyarakat khususnya kaum India dalam bidang pendidikan, ekonomi, perniagaan dan kewangan.

“Ini jelas membuktikan kerajaan serius membantu meningkatkan taraf hidup kaum India,” katanya.

Deepavali akan disambut Sabtu ini. – BERNAMA

Tags: DeepavaliDr S. Subramaniam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Nampak Sendiri Orang Hilang 5 Jari’

‘Saya Nampak Sendiri Orang Hilang 5 Jari’

20/10/2025
0

KULIM: "Deepavali kali ini sepatutnya menjadi pesta cahaya, tapi bertukar jadi tragedi kerana bunga api," kata R Pasupathi, 74. Mangsa...

Hadiah Deepavali Buat Pekebun Bebas Tuduhan Bunuh Ibu Saudara

Hadiah Deepavali Buat Pekebun Bebas Tuduhan Bunuh Ibu Saudara

05/11/2024
0

SEREMBAN - Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd