• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Muhyiddin BN Akan Tumbang Di Kedah Hanya Angan

oleh AK-47
08/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Dakwaan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang Barisan Nasional (BN) akan tumbang di Kedah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang tidak ubah seperti ‘angan-angan Mat Jenin’.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kenyataan tersebut hanya bertujuan meraih sokongan rakyat terhadap kepimpinan parti baharu itu.

“Itu mainan politik beliau (Muhyiddin)… tetapi beliau tidak sedar yang beliau sendiri kalah,” katanya selepas merasmikan Karnival Online Networking Entrepreneurs (ONE) Suruhanjaya Syarikat Malaysia di sini hari ini.

Muhyiddin dalam satu kenyataan kepada sebuah akhbar tempatan mendakwa BN Kedah akan tumbang pada PRU akan datang berikutan sentimen rakyat selepas pertukaran menteri besar awal tahun ini.

Dakwanya selepas Datuk Seri Mukhriz Mahathir melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar, BN perlu ditumbangkan memandangkan rakyat juga kononnya melihat Ahmad Bashah tidak sehebat Mukhriz.

Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu berkata rakyat Kedah bijak untuk memilih parti yang memerintah kerajaan dan tidak mahu tertipu buat kali kedua selepas diperintah parti pembangkang pada PRU ke-12 dahulu.

Tegasnya, UMNO dan BN tidak gentar dengan kenyataan itu, sebaliknya terus bekerja keras bagi memastikan jentera parti tersebut bersedia menghadapi PRU selain turut mempunyai senjata rahsia yang akan digunakan ketika berkempen nanti.

“Apa depa (parti PPBM) nak kata suka hatilah… sebab saya yakin rakyat Kedah pandai menilai kerana mereka tidak mahu menderita lagi. Saya yakin rakyat akan pertahankan UMNO dan BN untuk terus memerintah negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd