• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah: 2 Bersaudara Bakal Berdepan Hukuman Gantung

oleh Ahmad Albab
03/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Dua lelaki yang mempunyai ikatan persaudaraan bakal berdepan hukuman gantung sampai mati selepas ditahan kerana memiliki pelbagai jenis dadah, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Adli Mat Daud berkata seorang daripada mereka baru sahaja dibebaskan dua bulan lalu atas kesalahan berkaitan dadah.

“Dalam serbuan di Kampung Pauh di sini, kedua-dua bersaudara masing-masing berumur 31 dan 37 tahun itu diberkas di belakang sebuah rumah tidak bernombor kira-kira pukul 8.30 malam, dipercayai sedang menunggu pelanggan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan, polis menemui pelbagai jenis dadah dipercayai pil kuda, syabu, heroin dan eramin 5 yang bernilai kira-kira RM17,220.

Mohd Adli berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis Methamphetamine dan mempunyai rekod lampau membabitkan kesalahan dadah malah suspek berusia 31 tahun itu pernah ditahan kerana memiliki senapang angin.

Kedua-dua mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd