• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taktik Licik, ‘Curi’ Waktu Malam, Pulang Esok Hari

oleh AK-47
25/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GARA-GARA mahu berlagak kaya raya, seorang lelaki dari Hangzhou, China sanggup berulang kali mencuri kereta mewah bernilai yuan 993,704 (RM611,287) pada waktu malam dan memulangkan kembali kenderaan itu pada keesokan harinya.

Bagi mengaburi mata pemilik kereta itu, Zhang, 19, bertindak ‘bijak’ dengan memulangkan kereta Range Rover itu dalam keadaan yang bersih dan tangki minyak sentiasa dipenuhkan.

Bagaimanapun, kegiatan liciknya terbongkar apabila dia meminjam kereta itu dua malam berturut-turut menyebabkan pemilik kereta, Wang, berasa curiga lalu membuat laporan polis.

Setibanya polis keesokan pagi di tempat parkir untuk menyiasat mengenai kehilangan kereta mewah itu, alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati kenderaan berkenaan sudah berada di tempat asalnya.

Ekoran itu, pihak polis segera melakukan pemeriksaan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sebelum mendapati seorang lelaki muda sering memandu kereta itu pada waktu malam dan mengembalikan semula pada keesokan hari, kebiasaannya pada jam 6 pagi.

Pihak polis kemudian memasang perangkap untuk menangkap Zhang ketika dia kembali memulangkan kereta itu dalam kejadian baru-baru ini.

Ketika disoal siasat, Zhan memberitahu dia tidak berniat mencuri kereta itu namun dia meminjamnya kerana mahu menunjuk-nunjuk pada rakan-rakan dan gadis-gadis di kawasan sekitar West Lake.

Taktik Licik, 'Curi' Waktu Malam, Pulang Esok Hari

Berikutan itu, Zhang dipenjara selama 15 hari dan didenda sebanyak 500 RMB (RM300). – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Mirror

Tags: Chinacuri keretakereta mewah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd