• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuba Rogol Anak Sendiri

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang bapa yang tergamak cuba merogol anak gadisnya berusia 12 tahun akhirnya menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dikenakan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Keputusan dibuat Hakim Rofiah Mohamad selepas tertuduh berusia 53 tahun dan baru sahaja dibebaskan dari penjara kerana kesalahan dadah itu, mengaku salah terhadap pertuduhan Seksyen 376 (B) (1) /511 Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan sumbang mahram.

Tertuduh yang sudah berpisah dengan isterinya, mengaku salah cuba merogol mangsa di sebuah rumah di Kuala Nerus, kira-kira jam 11.45 malam, pada 14 Oktober lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Abd Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Berdasarkan fakta kes, mangsa yang ketika itu sedang tidur di ruang tamu, terbangun selepas berasa sakit di bahagian kemaluannya sebelum ternampak bapanya berada di atasnya.

Pada masa sama, kanak-kanak malang itu dapati seluarnya sudah ditanggalkan dan bimbang akan diapa-apakan, mangsa cuba melawan dengan menolak bapanya hingga jatuh.

Seterusnya, mangsa yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik itu melarikan diri masuk ke dalam bilik kakaknya, lalu menghubungi wanita itu yang semasa kejadian berada di rumah ibu mereka agar dapat menjemputnya.

Kakak mangsa yang berusia 23 tahun itu terus bergegas ke rumah berkenaan untuk mengambil mangsa dan mula merasa curiga selepas melihat adiknya menangis teresak-esak.

Selepas dipujuk, mangsa memaklumkan perbuatan keji ayah mereka, sebelum membuat laporan polis. – Sinar Harian Online

Tags: kes rogolpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd