• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Bina, Biaya Projek Laluan Kereta Api Pantai Timur

oleh
01/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – China akan membina dan membiayai projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion yang akan meliputi empat negeri di Semenanjung Malaysia, menurut setiausaha agung Perbendaharaan.

Tan Sri Dr. Irwan Serigar Abdullah berkata Malaysia dan China akan menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Pembiayaan dan Kontrak Kejuruteraan, Pemerolehan, Pembinaan (EPC) bagi projek tersebut esok.

Dr. Irwan berkata demikian kepada media Malaysia setiba beliau di Beijing hari ini sebagai sebahagian daripada delegasi yang mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang melakukan lawatan enam hari ke ibu kota China itu.

Beliau berkata kesan limpahan projek kereta api itu bukan sahaja dari segi mengurangkan kos pengangkutan antara Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung, malah turut dapat mengurangkan harga barangan di Pantai Timur, menyingkatkan masa perjalanan serta menjadi pemangkin ekonomi dalam merangsang pertumbuhan bandar-bandar kecil di sepanjang laluan.

“Ini akan juga membantu untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan peluang perniagaan bagi warga Malaysia, terutama penduduk kampung,” kata Dr. Irwan.

Meskipun persetujuan itu belum dimuktamadkan, Dr. Irwan berkata pembiayaan yang ditawarkan China adalah pada kadar lebih rendah berbanding pasaran antarabangsa, bersama dengan tempoh bayaran balik lebih lama iaitu 20 tahun.

Beliau berkata projek itu sangat penting kepada Malaysia, dan tidak boleh ditangguhkan memandangkan ia bukan sahaja merangsang pembangunan industri pengangkutan negara, malah membantu mempercepatkan pertumbuhan bandar-bandar kecil di sepanjang laluan.

Projek itu juga akan membantu proses pemindahan teknologi dalam industri kereta api, katanya.

“Pembangunan kereta api kini merupakan perkara penting dan Malaysia perlu bertindak untuk mendapatkan teknologi dan sistem baharu pembangunan kereta api,” katanya.

Dr. Irwan berkata projek itu akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat, dengan fasa pertama dari Pelabuhan Klang – Gombak – Dungun di Terengganu dan fasa kedua dari Dungun ke Tumpat.

PM Najib, ketika membentangkan Belanjawan 2017, berkata projek itu akan dilancarkan secara berperingkat dan akan menghubungkan bandar-bandar seperti Pelabuhan Klang, ITT (Terminal Pengangkutan Bersepadu) Gombak, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Tumpat.

Pembinaan projek tersebut dijangka bermula tahun depan dan dijadual siap menjelang 2022. – BERNAMA

Tags: ChinaECRLkereta api
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd