• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cawangan Risik BN10 Rampas Rokok & Bir Seludup

oleh Ahmad Albab
26/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Cawangan Risikan Batalion 10 (BN10) Pasukan Gerakan Am Sibu merampas sejumlah bir dan rokok dipercayai diseludup yang dianggarkan bernilai RM67,000 di Lubok Antu pagi semalam.

Rampasan tersebut yang dibuat di sebuah kedai runcit di pekan Lubok Antu pada 11.15 pagi itu adalah hasil risikan selama tiga minggu sepasukan anggota cawangan tersebut yang diketuai Inspektor Mohd Hafizhazman Hassan.

“Penjualan rokok itu didapati dibuat secara terbuka manakala bir telah ditemukan di stor kedai berkenaan,” kata pegawai pemerintah BN10 Supt Hasnan Karim pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata 343 karton rokok dan 96 kotak bir pelbagai jenama yang dirampas diserahkan kepada pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) cawangan Sarikei untuk siasatan mengikut Akta Kastam 1967.

Katanya seorang pekerja lelaki berusia 25 tahun dan seorang pemilik kedai lelaki ditahan berhubung kes tersebut.

Menjawab soalan pemberita Hasnan berkata, barangan tersebut tidak dibawa secara terus dari luar Malaysia melalui ‘laluan tikus’ tetapi dibawa dari satu tempat di Sarawak menggunakan treler kontena oleh pihak pembekal.

“Kami percaya, selepas peniaga membeli secara pukal barangan tersebut, ia akan dihantar menggunakan treler kontena pada waktu malam bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa,” katanya. – BERNAMA

Tags: arakRokokseludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan sama ada satu program anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd