• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bungkus Dadah Dalam Pangsapuri, 4 Beranak Ditahan

oleh Ahmad Albab
12/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan sepasang suami isteri yang dipercayai menjadikan pangsapuri mereka sebagai tempat membungkus dadah bukan sahaja menjerat diri sebaliknya turut mengheret dua anak mereka apabila ditahan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata, kesemua mereka ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 5.30 petang semalam di pangsapuri yang terletak di Bandar Baru Ampang.

Selain tangkapan lelaki berumur 37 dan wanita berumur 35 tahun serta dua anak mereka masing-masing berusia 17 dan 15 tahun, turut ditahan dalam serbuan tersebut ialah lelaki berumur 33 tahun yang merupakan adik angkat kepada suami berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di dalam dua bilik rumah mereka menemukan sejumlah dadah dipercayai jenis heroin dan syabu seberat 954.5 gram bernilai RM33,500 yang telah dibungkus dipercayai untuk edaran pasaran tempatan.

“Hasil pemeriksaan juga mene­mukan pelbagai peralatan yang disyaki digunakan pasangan ter­babit untuk membungkus dadah termasuk dua unit alat penimbang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya hari ini.

Hamzah berkata, polis percaya pasangan yang tidak bekerja itu aktif dalam kegiatan pengedaran dadah sejak setahun lepas.

“Hasil siasatan mendapati, lelaki berumur 37 tahun itu pernah bekerja sebagai pemandu lori setahun lepas dan mempunyai empat rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah,” katanya.

Polis percaya bekalan dadah itu untuk pasaran tempatan dan siasatan sedang dilakukan dari mana suspek memperoleh bekalan dadah itu.

Hamzah berkata kedua-dua anak suspek yang tidak bersekolah itu berada di rumah berkenaan bersama suspek ketika serbuan dibuat menyebabkan mereka ditahan sekali.

“Kita sedang siasat sama ada mereka turut bersubahat dalam aktiviti ini atau tidak. Kedua-dua remaja lelaki dan perempuan itu dibuang sekolah dan tidak bekerja,” katanya.

Kesemua mereka ditahan reman sehingga 17 Okt ini untuk membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd