• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buaya Di Sarawak Boleh Diburu, Dijual – Wan Junaidi

oleh Ahmad Albab
05/10/2016
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan berbincang dengan kerajaan Sarawak bagi memperhalusi dan menetapkan garis panduan serta peraturan dalam memburu dan memperdagang buaya, yang dijangka mengambil tempoh kira-kira enam bulan sebelum dimuktamadkan.

Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ia susulan kejayaan Malaysia menurun taraf kategori buaya daripada Apendiks I kepada Apendiks II di mesyuarat Persidangan Pihak-pihak yang menyertai Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Liar Terancam (CITES) di Afrika Selatan ketika ini, yang akan membolehkan buaya di Sarawak diburu dan diperdagangkan.

Beliau berkata peningkatan mendadak populasi haiwan tersenarai sebagai spesis dilindungi itu mulai dilihat ketara di Sarawak sejak 2010, yang mencetuskan banyak konflik dengan manusia, dan sejak itu pihaknya berusaha menurun taraf haiwan tersebut kepada Apendiks II supaya ia boleh diburu.

Katanya, beliau dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan yang sedang bermesyuarat di Johannesburg, Afrika Selatan, semalam, bahawa CITES bersetuju dengan cadangan Malaysia untuk menurun taraf haiwan itu.

Bercakap kepada pemberita di bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, beliau berkata pemburuan dan perdagangan haiwan itu hanya meliputi Sarawak memandangkan negeri lain tidak merekodkan banyak konflik dengan reptilia itu.

Wan Junaidi berkata banyak perkara perlu diambil kira selaras dengan keputusan berkenaan antaranya memastikan ia tidak mengakibatkan populasi buaya pupus, konflik manusia dengan reptilia itu perlu dapat dikurangkan, dan pada masa sama ia dapat meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar, terutama di pesisir sungai.

Katanya berdasarkan penyelidikan pada 2015, ketika ini terdapat 13,500 buaya di lebih 40 sungai Sarawak, dan Kota Samarahan mencatat peratus peningkatan populasi cukup tinggi, menjangkau sehingga 108.5 peratus pada tahun ini berbanding 1985, manakala Limbang 38 peratus dan Batang Lupar 28 peratus.

Beliau berkata dari segi konflik dengan haiwan itu di Sarawak sejak beberapa tahun lepas, sebanyak 52 kes dilaporkan membabitkan kehilangan kira-kira 27 nyawa.

Katanya selain mengurangkan konflik, keputusan itu juga diharap akan dapat memberi peluang kepada penduduk luar bandar untuk meraih pendapatan yang lebih apabila mereka diberi lesen memburu nanti.

“Kita tidak mahu galakkan syarikat-syarikat besar diberi lesen nanti kerana ‘manfaat’ daripada keputusan ini perlu diperoleh masyarakat luar bandar, pulangan perlu kepada komuniti ini, kita akan pastikan ‘hasil tuaian’ perlu dikawal selia,” katanya.

Wan Junaidi berkata daging buaya boleh dijual kepada negara seperti Thailand, China, Vietnam serta Kemboja, dan umum tahu kulit buaya mempunyai nilai tinggi di pasaran, yang akan membolehkan haiwan itu menjadi sumber pendapatan yang baik kepada penduduk luar bandar.

Beliau berkata bagi kawasan mempunyai populasi buaya yang tinggi, lebih banyak lesen mungkin dikeluarkan di tempat berkenaan, dan lain-lain perkara yang akan turut diambil kira dan diperincikan nanti termasuk lesen perniagaan, had lesen, musim berburu dan kuota buruan.

“Penglibatan Malaysia dalam mesyuarat tersohor CITES ini turut menunjukkan kesungguhan negara dalam memastikan biodiversiti negara terus terpelihara selaras dengan konsep pembangunan lestari yang disaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya. – BERNAMA

Tags: Buaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

16/02/2026
0

  SIMEULUE, INDONESIA – Seorang wanita dilaporkan maut selepas diserang seekor buaya muara ketika sedang mencari lokan di kawasan muara...

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

02/11/2025
0

Buaya Sesat Muncul di Jalan Raya Marina, Miri   MIRI: Pengguna jalan raya di kawasan Marina Fasa 1 di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd