• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Brunei Cipta Rehal Lipat Jadi Kotak Simpan Al-Quran

oleh
16/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR SERI BEGAWAN – Seorang penuntut Universiti Brunei Darussalam (UBD) bakal mendaftar hak paten dan pemasaran rehal atau papan bersilang alas Al-Quran yang boleh dijadikan kotak.

Prototaip rehal rekaan Shathirah Dr. Haji Serbini, pelajar tahun ketiga pengajian Seni dan Teknologi Kreatif itu dipertontonkan kepada umum pada pameran sempena Festival Konvokesyen UBD 2016 di sini semalam.

Menurut akhbar tempatan, The Brunei Times, pensyarah penuntut tersebut, Prof. Madya Dr. Rui Oliveira Lopes dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial menyatakan bahawa rehal unik berkenaan mampu berfungsi dua dalam satu.

“Apabila dibuka, ia menjadi tempat alas Al-Quran untuk dibaca namun apabila dilipat, rehal ini turut menyimpan kitab suci ini dengan selamat jika tidak digunakan. Dia mahu rekaan inovatif dan ada nilai pasaran,” katanya.

Rui menambah, apabila Shathirah mula mengemukakan idea itu, pelajar tersebut memang mahu mencipta rehal dengan dua kegunaan secara serentak, berbeza rehal sedia ada hanya berfungsi sebagai tempat alas kitab.

Brunei Cipta Rehal Lipat Jadi Kotak Simpan Al-Quran

Brunei Cipta Rehal Lipat Jadi Kotak Simpan Al-Quran

Brunei Cipta Rehal Lipat Jadi Kotak Simpan Al-Quran

Prototaip produk berkenaan dihasilkan daripada kayu jenis ringan dan bahan material pengunci yang memang mudah didapati di pasaran sekali gus menjadikan harganya lebih berpatutan untuk dibeli setiap umat Islam.

“Dia mahu membuat rehal dengan menggunakan bahan ringan yang mudah diukir dan dipahat serta memaparkan corak rekaan indah berasaskan pola bentuk tradisional masyarakat tempatan di Brunei,” jelas Rui lagi.

Pensyarah berkenaan menambah, reka bentuk rehal itu asalnya digubah semula daripada rehal tradisional masyarakat Melayu tetapi disesuaikan semula agar menjadi produk bersifat inovatif dan lebih moden.

“Pihak UBD sedang berusaha untuk daftar dan mempaten rekaan Shathirah sebagai harta intelektual serta mencari pelabur yang berminat mengkomersialkan produk ini ke pasaran,” kata Rui. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Bruneirehal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

12/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah akan mengadakan lawatan negara ke Brunei...

Brunei Kekal Tangguh Buka Sempadan

08/06/2022
0

KUCHING: Brunei meneruskan penangguhan aktiviti merentas sempadan negara itu terhadap warga asing sehingga 15 Jun ini. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Jabatan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd