• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Kilat Landa Beberapa Kawasan Di Pulau Pinang

oleh Ahmad Albab
29/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pada sambutan Deepavali, ratusan rumah termasuk sebuah kampung berdekatan Kampung Melayu Air Itam, di sini dinaiki air selepas hujan lebat berterusan melanda Pulau Pinang sejak kira-kira 4 petang hari ini.

Hujan lebat juga telah menyebabkan trafik sesak di sepanjang Jalan P.Ramlee, Jalan Paya Terubung, Jalan Thean Teik, Taman Lumba Kuda dan Jalan Masjid Negeri sekali gus menyebabkan beribu-ribu kenderaan terkandas di jalan raya.

Air pada paras lutut dilaporkan melanda di Jalan Thean Teik dan Jalan Masjid Negeri dan kereta tidak boleh melalui kawasan itu menyebabkan kawasan berkenaan terputus hubungan.

Tinjauan Bernama mendapati, Sungai Dondang dan Sungai Air Hitam telah melimpah melepasi tebing sungai dan menyebabkan banjir kilat.

Sementara itu, penduduk di Kampung Melayu dan di sepanjang Jalan Thean Teik melahirkan rasa terkejut dan menganggap banjir kilat ini sebagai banjir yang paling teruk pernah mereka alami.

V.Visvalinggam dan isterinya K.Vasanthi, yang sedang menyambut Deepavali berkata, mereka tidak pernah menyangka kejadian banjir kilat itu akan memuasnahkan sambutan perayaaan itu, kerana banjir kilat tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Hujan lebat berlaku dan mendapati paras air semakin meningkat pada kadar yang membimbangkan. Sejak saya tinggal di sini kira-kira lima tahun lalu, ini adalah kali pertama kita dilanda banjir kilat,” katanya.

Orang yang tinggal berhampiran kawasan yang terjejas turut membatalkan hasrat untuk bersiar-siar sempena cuti umum, berikutan kesesakan trafik.

Sementara itu, beberapa kawasan rendah di tanah besar turut dinaiki air selepas hujan lebat berterusan lebih tiga jam petang ini antaranya Bukit Mertajam, Simpang Ampat dan Jawi.

Antara kawasan yang dinaiki air pada paras betis dan buku lali itu ialah Permatang Rawa, Jalan Rozhan, Jalan Tasek, Kampung Sungai Kechil, Kampung Nanas dan Kampung Gajah.

Bagaimanapun sehingga 8 malam ini tiada mangsa yang dipindahkan.

Seorang penduduk di Permatang Rawa, Abdullah Ishak, 48, berkata selepas hujan berterusan lebih sejam sejak 4 petang tadi, beliau sekeluarga terus mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan peralatan elektrik dan perabot ke tempat lebih tinggi.

Katanya, beliau bimbang barang-barangnya rosak kerana kebanyakannya baru dibeli selepas musnah dalam banjir sebelum ini.

“Setiap kali hujan lebat, memang rumah penduduk di kawasan ini akan banjir kilat dan rumah saya yang paling teruk kerana paling hampir dengan sungai. Air akan melimpah membanjiri kawasan rumah saya dahulu,” katanya. – BERNAMA

Tags: banjir kilat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

ETS Laluan Utara-Selatan Mula Beroperasi Esok

Next Post

RM25,000 Setiap Pemain, Isnin Cuti Bagi Kedah

Related Posts

Banjir Kilat Landa Balik Pulau, Turut Sebabkan Kesesakan Lebih 3 KM

Banjir Kilat Landa Balik Pulau, Turut Sebabkan Kesesakan Lebih 3 KM

16/06/2025
0

Balik Pulau: Penempatan penduduk di beberapa lokasi termasuk perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Balik Pulau di sini, dilanda banjir...

Banjir Kilat Seperti ‘Kepala Air’, Penduduk Berpaut Tiang 20 Minit Elak Hanyut

Banjir Kilat Seperti ‘Kepala Air’, Penduduk Berpaut Tiang 20 Minit Elak Hanyut

23/03/2025
0

KOTA TINGGI: Hujan lebat melanda tengah malam tadi mengakibatkan banjir kilat di Kampung Felda Air Tawar 1, dengan keadaan disifatkan...

Next Post

RM25,000 Setiap Pemain, Isnin Cuti Bagi Kedah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd