• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Balu Lega Suspek Bunuh Suaminya Ditahan Polis

oleh Ahmad Albab
19/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Balu mangsa yang maut ditikam di tempat letak kereta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu, Kuala Terengganu, berharap suspek akan mendapat balasan setimpal atas perbuatan kejamnya.

Noriah Lah, 34, yang sarat mengandung anak sulung dan dijangka bersalin bulan depan, berkata kematian suaminya Mohd Shukri Husin, 34, yang juga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan begitu dirasai tetapi beliau perlu menguatkan semangat untuk meneruskan kehidupan.

Lega dengan penangkapan suspek utama kes itu hari ini, Noriah berkata sejak insiden Ahad lepas, beliau tidak lena tidur kerana bimbangkan suspek yang masih belum ditangkap.

“Alhamdulillah, kak (Noriah) rasa lega (dengan penangkapan suspek), harap dia (suspek) dapat balasan yang setimpal untuk arwah ni. Cuma kena kuatkan semangat, kita yang hidup kena teruskan hidup,” katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Kok Keli di sini, hari ini.

Suspek berusia 29 tahun berasal dari Manir, Kuala Terengganu itu berjaya diberkas polis tengah hari tadi ketika sedang berjalan di Jalan Jeram, Manir.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi Ahad lalu, suspek dipercayai telah bertindak agresif dengan menikam Mohd Shukri sebanyak enam kali sehingga maut.

Insiden tersebut dikatakan bermula apabila mangsa hadir ke pejabat di situ bersama keluarganya bagi menyemak status perkahwinan suspek yang bakal berkahwin dengan adik mangsa.

Setelah tembelang suspek yang sudah berkahwin diketahui, dipercayai berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa hingga membawa kepada pembunuhan tersebut. – BERNAMA

Tags: bunuhDITIKAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Tingkatan Tiga Ditikam Lebih 10 Kali Di Sekolah Menengah Di Banting

Pelajar Tingkatan Tiga Ditikam Lebih 10 Kali Di Sekolah Menengah Di Banting

06/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BANTING – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga cedera selepas dipercayai ditikam lebih 10 kali oleh seorang lagi pelajar...

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

12/05/2026
0

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Kolej...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd