• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet Selangor Banyak Retorik Untuk Kaburi Mata Rakyat

oleh AK-47
31/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bajet Selangor 2017 yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini lebih bersifat retorik untuk mengaburi mata rakyat.

Malah Ketua Penyelaras Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN), Datuk Mat Nadzari Mat Dahlan turut mempersoalkan tindakan menteri besar mengumumkan penambahbaikan terhadap beberapa perkhidmatan tetapi pada masa sama masih gagal melaksanakan perkara yang dijanjikan dalam bajet sebelum ini.

“Mengenai penambahan kira-kira RM20 juta lagi untuk perkhidmatan Bas Smart Selangor… beliau (Mohamed Azmin) lebih utamakan Bas Smart yang punyai perkhidmatan terhad tetapi sehingga kini masih gagal tangani penyuraian pengangkutan awam atau pengangkutan individu.

“Beliau gagal dalam uruskan banyak hal pengangkutan di Selangor… semata-mata nak popular, dia kembangkan perkhidmatan Bas Smart,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri, di sini.

Mohamed Azmin sebelum itu membentangkan Bajet Selangor 2017 berjumlah RM3.45 bilion yang mana daripada jumlah tersebut, RM1.65 bilion atau 47.8 peratus diperuntukan untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.8 bilion atau 52.2 peratus bagi perbelanjaan pembangunan.

Selain itu, Mat Nadzari berkata kerajaan Selangor dilihat meniru pendekatan kerajaan pusat dalam menyelesaikan masalah membabitkan perumahan apabila mencadangkan peruntukan bagi penyelenggaraan lif dan penambahan peruntukan untuk pengindahan rumah pangsa kos rendah.

“Menteri besar cakap banyak nak buat itu dan ini dalam bajet lepas tapi lambat bertindak. Cakap nak buat lif di pangsapuri, kerajaan pusat cakap lama dah. Kita sebelum ini dah cakap pasal sewa beli untuk bantu golongan berpendapatan rendah miliki rumah, dia pula cadang nak wujudkan Skim Smart-Sewa.

“Isu air pun sama, dalam pembentangan bajet tadi menteri besar tuduh itu dan ini mengenai pencemaran air… dalam bajet sebelum ini cakap nak bina dua loji baharu tapi dalam bajet kali ini pun masih cakap perkara sama.

“Sebut juga mengenai Sistem Pembesaran Sungai Hibrid (HORAS) ketika bajet sebelum ini dan hari ini, tetapi mana HORASnya?,” katanya yang juga Adun Batang Kali.

Mat Nadzari turut mempersoalkan cadangan pembiayaan pengajian RM10 juta bagi anak Selangor yang menuntut di universiti awam di negeri itu, sedangkan pembiayaan sama tidak dinikmati mereka yang yang menuntut di universiti luar dari negeri itu.

Universiti yang terlibat ialah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sementara itu, ADUN Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak berkata kerajaan Selangor juga tidak memasukkan agenda pemerkasaan Bumiputera dalam bajet sedangkan kaum Melayu di negeri itu masih ketinggalan.

“Di Selangor, kuota 10 peratus bagi pembelian rumah ditiadakan… ini bukan perkauman tapi di sini walaupun rakyat hidup berbilang kaum, Melayu masih tertinggal jauh.

“Di Parlimen, pembangkang kritik bajet kerajaan pusat tapi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) berani bawa agenda beri manfaat kepada Bumiputera. Di Selangor, tak pernah sekali pun dimasukkan perkara ini,” katanya.

Menurut Sulaiman lagi, kelantangan kerajaan negeri yang selama ini mengatakan mahu memperkasa kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) juga sekadar ‘cakap mulut’.

Katanya, tiada insentif atau dasar jelas yang dilihat boleh membantu golongan itu melainkan sekadar satu skim insurans keselamatan yang manfaatnya adalah sama dengan mendapat perkhidmatan perubatan percuma di Klinik 1Malaysia dan klinik kerajaan pusat.

“Kita juga dengar bajet yang dibentang betul-betul… walaupun Adun BN hanya 12 orang sahaja, tapi kita tak keluar dewan (DUN) sebab kita nak buat analisis… tak macam Anggota Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat, kita hormati DUN,” katanya.

Pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri sebelum ini dicemari tindakan Anggota Parlimen pembangkang yang mempamerkan plakad dan bertindak keluar dari Dewan Rakyat. – BERNAMA

Tags: Azmin AliBajet Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd